Anwar layak jadi pemimpin nombor satu negara

Anwar layak jadi pemimpin nombor satu negara

Jiwanya yang selalu mengalah demi kebaikan negara akhirnya terbukti dalam perjuangan reformasi apabila menang besar di Tambun pada PRU15 lalu sekali gus layak ke Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DARI Tambun untuk Malaysia akhirnya menjadi kenyataan. Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, maka tamatlah penantian beliau selama 24 tahun untuk mendaki tangga nombor satu negara.

Pada saya, beliau sememangnya berhak menduduki kerusi nombor satu semasa Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Paling mengujakan saya ialah beliau menerima panggilan tidak putus-putus daripada rakan sejawatnya dari luar negara yang mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut.

Paling mengujakan adalah kesediaan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan untuk membuat lawatan rasmi ke negara ini yang dijangka minggu depan.

Wah, hebat betul aura Anwar di mata dunia. Bukan setakat itu sahaja, nilai mata wang ringgit juga berubah termasuklah bursa saham melonjak naik secara mendadak.

Kita percaya dan yakin Anwar dapat memulihkan ekonomi negara ini dengan baik dan mengharapkan kerjasama penuh daripada gabungan parti lain iaitu Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan perpaduan selaras kehendak Yang di-Pertuan Agong dan Mesyuarat Majlis Raja- Raja.

Jika mahu dikenang kembali, di saat negara ini sedang hampir ‘nazak’, muncul kembali seorang hero rakyat yang sebelum ini dipenjarakan. Hero ini banyak bersabar dalam menempuh ranjau berliku, malah pernah berdepan pelbagai tohmahan.

Jiwanya yang selalu mengalah demi kebaikan negara akhirnya terbukti dalam perjuangan reformasi apabila menang besar di Tambun pada PRU15 lalu sekali gus layak ke Putrajaya.

Inilah adalah kejayaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, malah disambut lautan manusia yang tetap setia menyokongnya. Akhirnya dengan berkat doa sekalian rakyat, Allah SWT kabulkan.

Mudah-mudahan negara kita terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Apakah Anwar jelmaan persis Erdogan buat seluruh rakyat Malaysia?-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya