Tidak masuk golongan Muslim derhaka ibu bapa

Tidak masuk golongan Muslim derhaka ibu bapa

IBU bapa perlu disayangi dan dihargai atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang hayat seseorang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

IBU bapa merupakan insan paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesar dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan.

Dewasa ini, ramai anak tidak menghormati ibu bapa. Di Barat, perkara ini amat serius apabila sistem sosial dan kekeluargaan dilihat ‘rosak.’ Anak-anak hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham.

Lebih teruk, ada yang tidak segan silu menyaman ibu bapa jika menyentuh hal peribadi. Inilah kelemahan sistem manusia yang sering dikatakan untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi tidak pernah mampu mendidik dan membentuk peribadi mulia.

Islam mengajar kita menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting. “Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua-dua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Luqman, 31: 14)

Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga.

Rasulullah SAW tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa termasuk dalam golongan Muslim. Dalam hadis lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan dibalas dengan segera di dunia.

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Allah SWT melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkataan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.

Perkara ini mungkin nampak kecil, namun Allah SWT tetap menekannya agar manusia mengambil peringatan dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas dan aturan yang perlu diikuti demi keharmonian hidup.-UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH
Taman Bertam Indah, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya