Sokong laksana kelas hibrid di sekolah - Utusan Malaysia

Sokong laksana kelas hibrid di sekolah

BILIK darjah yang terlibat dengan kelas hibrid akan ditingkatkan dengan kemudahan sambungan internet. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA Ogos lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan pelaksanaan projek rintis membabitkan 550 kelas hibrid di 110 sekolah terpilih di seluruh negara bermula bulan depan bagi memperkasa pendidikan digital.

Bilik darjah yang terlibat dengan kelas hibrid terbabit akan ditingkatkan sambungan internet untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan menggunakan teknologi digital.

Ini bermakna guru boleh mengajar dalam bilik darjah dan pada masa sama murid boleh terbabit dalam proses itu dengan aktif menerusi penggunaan komputer riba dan skrin pintar di dalam kelas.

Langkah ini akan memberi peluang kepada sekolah untuk terus meraih manfaat daripada kurikulum yang disokong teknologi serta mempersiapsiagakan pelajar bagi menceburi kerjaya berpaksikan digital.

Menurut Kajian Teknologi Pendidikan Lenovo-Microsoft 2021, sungguhpun penggunaan teknologi oleh pelajar dan pendidik telah meningkat secara ketara ketika pandemik Covid-19, mereka masih belum menerapkan penyelesaian pembelajaran digital dengan sepenuhnya.

Meskipun, 89 peratus pelajar menggunakan komputer riba, hanya 49 peratus menggunakan aplikasi persidangan video; 21 peratus (perkongsian dokumen berasaskan awan) dan 13 peratus (fail akses jarak jauh).

Sementara itu, hampir 95 peratus guru menggunakan komputer riba untuk pengajaran harian mereka tetapi hanya 56 peratus menggunakan perkongsian dokumen berasaskan awan; 33 peratus (fail akses jarak jauh) dan 35 peratus (platform realiti maya untuk pembelajaran).

Bagi memastikan sekolah benar-benar bersedia menggunakan penyelesaian yang ditawarkan kelas hibrid, beberapa faktor harus dipertimbangkan.

Sokongan berpandukan Pelan Tindakan Teknologi Pendidikan Sekolah yang jelas adalah perlu bagi menjamin pelaksanaan dan kelangsungan persekitaran pendidikan hibrid. Sekolah juga perlu memilih peranti terbaik yang mampu memenuhi keperluan pendidik dan pelajar. – UTUSAN

STEVEN LOH
Pengarah Jualan Kanan Lenovo Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya