Rancang agihan harta sebelum terlambat

Rancang agihan harta sebelum terlambat

PERANCANGAN harta dan pusaka bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada ummah dan orang tersayang, malah ganjarannya turut diperoleh si pembuat harta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM Islam, perancangan harta boleh dibuat untuk dilaksanakan sama ada semasa hidup mahupun selepas kematiannya untuk diberikan kepada waris dan bukan waris, tertakluk kepada peraturan yang terpakai melalui instrumen dipilih. Ini memberikan fleksibiliti untuk memperuntukkan sebahagian harta dimiliki bagi faedah ahli keluarga dan penerima yang ditentukan.

Perancangan harta melalui hibah boleh dibuat kepada waris dan bukan waris untuk dikuatkuasakan semasa hayat. Anak angkat, keluarga atau pihak bukan beragama Islam boleh dinamakan sebagai benefisiari atau penerima hibah. Hibah juga boleh dibuat kepada ahli waris seperti anak-anak.

Penting untuk dinyatakan di sini juga bahawa harta yang dihibahkan wajar dibuat pindah milik semasa hidup bagi mengelak berlaku sebarang pertikaian. Pastikan juga penerima harta telah mengambil milikan harta yang dihibahkan supaya pelaksanaan hibah tersebut sempurna dan tidak boleh dipertikaikan.

Seseorang pemilik harta juga boleh mewasiatkan hartanya untuk dinikmati oleh penerima yang ditentukan dengan takat tidak melebihi satu per tiga daripada baki bersih harta peninggalan selepas kematiannya nanti.

Apa yang menarik, wakaf diiktiraf sebagai sedekah jariah yang diberikan ganjaran pahala tidak putus walaupun dia telah meninggal dunia. Namun, pastikan wakaf yang dibuat didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Negeri.

Perkara penting yang perlu diketahui adalah perlunya hasrat dan agihan harta yang dibuat dilaksanakan menerusi surat cara dan sighah yang jelas dan sah menurut hukum syarak. Ini supaya dapat memastikan hasrat dan keinginan pembuat harta dapat dilaksanakan secara sah dan boleh berkuat kuasa tanpa masalah berbangkit di kemudian hari.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. SITI MASHITOH MAHAMOOD
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.