Siapa Puad jika dibandingkan dengan Dr. Mahathir?

Siapa Puad jika dibandingkan dengan Dr. Mahathir?

KENYATAAN Puad Zarkashi jelas menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO tertekan dan terkesan dengan penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APABILA Ahli Majlis Tertinggi (UMNO), Datuk Dr. Puad Zarkashi buka mulut dan memberi tindak balas mengenai penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA), jelas membawa erti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO semakin gementar dengan wadah perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Puad mengibaratkan GTA setaraf dengan janji 100 hari yang penuh penipuan dan gagal dengan menyebut ia sebagai ‘Janji 100 Hari 2.0’.

Strategi politik Dr. Mahathir senantiasa digeruni oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka selalunya takut pada bayangbayang sendiri.

Apabila majoriti daripada pemimpinpemimpin UMNO melatah, ia memberi satu petanda baik kepada GTA pada realitinya.

Pada kelazimannya, pemimpin-pemimpin UMNO akan diam seribu bahasa sekiranya sesuatu isu tidak memberi kesan kepada mereka.

Jadi, apabila Puad mula buka mulut dalam isu ini, ia membawa erti UMNO amat terkesan dengan GTA. Puad boleh cakap apa sahaja kerana itu adalah hak beliau tetapi dalam masa sama, siapa Puad jika hendak
dibandingkan dengan pengalaman luas yang ada pada Dr. Mahathir?

Sekali kalah tidak bererti kita akan kalah selama-lamanya dan sekali gagal pun tidak bererti kita akan gagal buat selama-lamanya juga. Sebenarnya, kami sudah bangkit dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran masa kini.

GTA mendapat sambutan serta reaksi positif daripada majoriti orang Melayu dan kami amat yakin dapat menarik lebih daripada 25 peratus pengundi atas pagar untuk menyokong GTA pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Dalam apa jua keadaan, majoriti orang Melayu serta kaum lain masih yakin dengan mutu kepimpinan bertaraf dunia Dr. Mahathir.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)
Wilayah Persekutuan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya