Rakyat berhak bersuara isu Najib

Rakyat berhak bersuara isu Najib

KES melibatkan Najib Tun Razak (tengah) wajar menjadi pengajaran kepada barisan pimpinan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAGI saya, lebih baik pendakwah bebas, ustazah Asma Harun mendiamkan diri dengan tidak memberi respons tentang isu melibatkan kepentingan awam dan rakyat meskipun niatnya mungkin untuk menasihati.

Ini kerana komennya tentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dianggap tidak sesuai dengan keadaan yang sedang panas.

Setelah melihat beberapa komen, saya amat bersetuju dengan pandangan Dr. Abu Hafiz Sallahuddin yang menganggap reaksi rakyat atau orang awam terhadap Najib adalah wajar memandangkan beliau ketika itu merupakan ketua kerajaaan, tidak sepatutnya melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa terhadap kepentingan negara apatah lagi memeras ugut pihak yang cuba hendak menghalang perbuatan tersebut.

Saya tidak tahu kenapa dan berasa agak pelik dengan reaksi Asma sedangkan dia terkenal dengan imej seorang pendakwah sekali gus sebagai ikon wanita Muslimah.

Dalam pada itu, saya turut menyangkal kenyataan ustaz Abu Syafiq yang didapati kurang cermat atau terlalu mengikut perasaan ketika bercakap. Abu Syafiq sepatutnya sedar kes Najib adalah berprofil tinggi melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Tindakan bekas perdana menteri itu wajar menjadi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin lain supaya memelihara amanah ketika menjawat jawatan penting.-UTUSAN

TOK WALI SONGE
Bayan Mutiara, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN