Pamer keluasan tanah di papan iklan - Utusan Malaysia

Pamer keluasan tanah di papan iklan

PADA zaman teknologi yang canggih ini sepatutnya maklumat keluasan tanah di Pahang dipamerkan melalui papan tanda atau papan iklan elektronik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal tahun ini menyatakan bahawa keluasan hutan simpan kekal (HSK) di negeri itu ialah 1.6 juta hektar.

Keluasan sebenar keseluruhan Pahang ialah 3.596 juta hektar. Ini bermakna keluasan HSK meliputi sebanyak 44.5 peratus dari keseluruhan keluasan Pahang.

Namun, tidak pula terdapat maklumat atau data keluasan mengikut ukuran hektar keseluruhan sungai di Pahang dan pecahan maklumat keluasan sungai mengikut daerah.

Dengan tiadanya maklumat sungai ini, maka dapat disimpulkan bahawa keluasan tanah di negeri itu seperti diumumkan oleh Wan Rosdy bukan semuanya tanah kosong pada erti kata yang sebenar.

Malah, dengan data ini juga membawa erti saki-baki tanah yang boleh dimohon oleh orang awam setelah ditolak HSK sebenarnya semakin berkurangan atau hampir tiada lagi.

Maklumat yang bukan sahaja merangkumi data keluasan tanah rizab Melayu yang dimiliki dan yang masih tidak dimiliki (tidak termasuk pelan tanah) sepatutnya dipamerkan di pejabat-pejabat daerah dan tanah di seluruh Pahang.

Di zaman teknologi yang canggih ini sepatutnya maklumat tersebut dipamerkan melalui papan tanda atau papan iklan elektronik dengan maklumat terkini yang dikemas kini setiap enam atau 12 bulan.

Tujuannya ialah supaya orang awam mengetahui luas saki-baki tanah kosong kerajaan yang masih ada di sesebuah daerah. Dengan ini juga, mungkin orang ramai akan faham jika permohonan tanah mereka ditolak oleh kerajaan negeri. – UTUSAN

CICIT AKI BAJI, Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya