Merdeka bermakna tanpa rasuah - Utusan Malaysia

Merdeka bermakna tanpa rasuah

TERUSKAN usaha untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. – GAMBAR HIASAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ERTI dan penghayatan sebenar kemerdekaan yang dicapai sejak 65 tahun lalu kerap diberikan perspektif dan tafsiran umum serta cetek. Pemahaman berkisar kepada kejayaan negara untuk bebas daripada cengkaman penjajah.

Selain itu, sesuai dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, terdapat usaha untuk menyemarakkan semangat kekitaan, perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun, perubahan sistemik dan struktural yang komprehensif di peringkat global dan dalaman menjadikan perspektif sambutan kemerdekaan harus berubah mengikut konteks keperluan semasa negara.

Walaupun bebas daripada cengkaman dan ancaman penjajahan secara konvensional yang membolehkan kemerdekaan dicapai, cabaran era baharu yang datang dari luar dan dalam berpotensi untuk menghalang Malaysia mencapai aspirasi dan visi yang telah dirancang.

Cabaran dalaman adalah dalam bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Oleh itu, perlu diperkenalkan tadbir urus dan budaya baharu berpaksikan nilai baik, kebersamaan dan keutuhan jati diri.

Cabaran luar juga menggusarkan kita. Antaranya, ada pihak yang cuba menceroboh sempadan negara sehingga boleh menjejaskan kedaulatan dan integriti wilayah kita.

Kita juga bimbang kesan buruk perang di Ukraine, risiko konflik di Indo-Pasifik dan ancaman berterusan daripada jenayah rentas sempadan.

Ancaman luar lain adalah dalam bentuk impak perubahan iklim dan pandemik penyakit. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk membuat perancangan teliti supaya kemerdekaan negara dapat terus dipertahankan.

Di sebalik ancaman yang berisiko dan mencabar ini, kita boleh berjaya mempertahankan kemerdekaan jika dapat menggembleng segala aset dan kekuatan yang kita ada. – UTUSAN

COLLINS CHONG YEW KEAT, Penolong Pendaftar Universiti Malaya (UM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya