Kerajaan perlu bantu kaum Cina berstatus B40, M40

Kerajaan perlu bantu kaum Cina berstatus B40, M40

cina
ORANG Cina mahukan dasar ekonomi yang memberi manfaat kepada kaum itu yang berpendapatan rendah dan sederhana. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEKALAHAN Barisan Nasional (BN) akibat tsunami kaum Cina yang beralih menyokong pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013 dan PRU14 pada 2018 boleh berulang jika kerajaan tidak menyelesaikan isu utama yang menyebabkan kaum itu menolak BN.

Etnik Cina mahu dasar ekonomi yang mampu membentuk sebuah masyarakat yang adil dan saksama dari segi sosioekonomi tanpa mengira kaum seperti Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenal BN pada 2010.

Bagaimanapun, di sebalik pengenalan MEB yang mendukung pemerkasaan keadilan sosial dari sudut sosioekonomi negara ini, masih besar penolakan ke atas BN pada PRU13 dan PRU14.

Jika diperhalusi secara rasional, masalah terbesar dalam kebanyakan dasar yang diperkenalkan, khasnya MEB ini adalah kesan-kesan keadilan sosial dari sudut sosioekonomi itu tidak dapat dirasai hingga ke akar umbi oleh keseluruhan etnik Cina yang kebanyakannya adalah golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Sebaliknya, dasar ekonomi makro seperti MEB ini secara asasnya hanya membawa manfaat terus kepada tauke-tauke besar dan tokoh-tokoh korporat di lapisan atas masyarakat sahaja.

Sebab itu, etnik Cina yang berada dalam kumpulan B40 dan M40 masih dibelenggu dengan kesempitan ekonomi seiring dengan majoriti rakyat Malaysia dari kaum Melayu, India, Dayak, Kadazan dan lain-lain.

Oleh itu, pimpinan BN hari ini terutama mereka yang menunjangi tampuk kepimpinan kerajaan semasa perlu turut memperhalusi untuk mewujudkan dasar yang mampu memberikan manfaat terbesar dan bersifat mesra rakyat kepada pengundi khususnya kaum Cina.

Tuntasnya, tanpa menafikan kebaikan dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan BN hingga ke hari ini, penulis berpandangan bahawa tetap menjadi satu keperluan untuk diwujudkan polisi yang mampu membantu etnik Cina yang masih bergelut dari sudut ekonomi. – UTUSAN

ANDY TEOH TUCK WAH
Pengamal undang-undang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.