Bina hospital baharu di tapak penjara lama - Utusan Malaysia

Bina hospital baharu di tapak penjara lama

PENJARA Pulau Pinang boleh dirobohkan dan digantikan dengan hospital baharu. – UTUSAN/AMIR IRSYAD OM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK 2016, saya berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang (HPP) membawa anak untuk mendapatkan rawatan di sana. Tahniah kepada doktor, jururawat dan petugas yang memberikan layanan baik.

Apa yang menjadi isu ketika ke HPP ialah setibanya di kawasan hospital, masalah utama ialah mencari tempat meletak kenderaan. Terpaksa mengelilingi kawasan hospital dan mencari tempat meletak kenderaan yang memang amat sukar mendapatkannya.

Usaha terakhir adalah meletakkan kenderaan di pinggir jalan dan ini menyebabkan kereta disaman oleh pihak berkuasa.

Selesai masalah meletak kenderaan, tempat pendaftaran juga sesak dengan para pesakit. Setelah mendapat nombor, terpaksa menunggu hampir dua jam baru boleh berjumpa doktor.

Di dalam bilik doktor, juga terpaksa bersesak-sesak antara tujuh hingga lapan orang. Apabila hendak mengambil ubat pun terpaksa bersesak dan menunggu sehingga 30 minit. Ini tidak termasuk lagi pelbagai kerenah dialami ketika berada di dalam wad.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Kesihatan (KKM) membesarkan HPP, kerana hospital sedia ada dibina sekitar 1960-an dan tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

Kekurangan tanah kerajaan mungkin menjadi faktor utama pembesaran HPP tidak dapat dilakukan. Pada pendapat saya, kerajaan boleh mengambil alih Penjara Pulau Pinang yang terletak berhampiran untuk dijadikan tapak pembesaran HPP.

Umum mengetahui, sebuah penjara baharu telah dibina di Jawi dan dengan itu penjara di dalam bandar boleh diroboh dan digantikan dengan pembinaan hospital baharu demi kepentingan orang ramai.

Dengan ada hospital baharu nanti, banyak kemudahan dapat disediakan kepada orang ramai dan hospital tersebut juga boleh dijadikan pusat rujukan bagi penyakit-penyakit lain. – UTUSAN

HALIM OSMAN, Kulim, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya