Syarikat penilaian swasta rasuah? - Utusan Malaysia

Syarikat penilaian swasta rasuah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA berpendapat adalah lebih baik Bank Negara Malaysia (BNM) melakukan semakan rutin tahunan ke atas mana-mana syarikat penilaian hartanah swasta agar pihak bank tidak memilih syarikat yang terlibat dengan gejala rasuah atau salah guna kuasa sebagai panel perbankan.

Pihak yang mengeluarkan lesen penilaian kepada syarikat penilaian hartanah swasta ini juga perlu prihatin, ambil tahu dan mengambil tindakan yang sesuai, jika mendapati syarikat tersebut terlibat dalam rasuah atau salah guna kuasa.

Sementara kita sebagai pengguna dan rakyat Malaysia perlu bijak memilih syarikat penilaian hartanah swasta yang melakukan proses penaksiran nilai sesebuah rumah bila hendak dijual di pasaran yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa.

Menganggar harga hartanah anda adalah langkah pertama untuk menarik minat bakal pembeli dengan tawaran anda. Secara semula jadi, hartanah yang lebih luas ruang lantai akan memberikan penilaian yang lebih tinggi berbanding yang lebih kecil walaupun di kawasan yang sama.

Faktor lain adalah sama ada hartanah pegangan bebas atau pajakan, kemudahan keselamatan 24 jam, kolam renang, tempat letak kereta banyak, gimnasium dan kemudahan pengangkutan awam.

Ini kerana sudah banyak cerita tentang syarikat penilaian hartanah swasta yang terlibat dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa berlaku sejak sekian lama tetapi tiada siapa yang ambil peduli termasuk pihak berwajib, sedangkan banyak melibatkan penjawat awam dan sektor kerajaan.

Jika dilihat pada laman sesawang Board of Valuers Malaysia, ia mendedahkan sebuah badan penilaian hartanah swasta yang memberikan lesen penilaian hartanah kepada syarikat penilaian swasta pun tidak ambil peduli kesalahan yang dilakukan oleh syarikat itu.

Dalam erti kata lain mereka bersikap tutup mata ke atas kesalahan rasuah terancang yang mereka lakukan atas nama untuk menjimatkan kos dengan pegawai jabatan. Tindakan ini sangat tidak beretika.

Umum mengetahui rasuah tetap salah, apatah lagi melibatkan jabatan dan dokumen kerajaan diubah suai untuk kegunaan sesebuah syarikat penilaian swasta. – UTUSAN

MATT TRAKKER, Johor Bahru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya