Selesai dahulu penyeludupan rokok - Utusan Malaysia

Selesai dahulu penyeludupan rokok

SEBANYAK enam daripada 10 rokok yang dijual di Malaysia adalah rokok seludup.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RANG Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 27 Julai lalu setelah lebih 10 tahun diperjuangkan.

Ini satu permulaan untuk hasrat kerajaan dalam mewujudkan generasi baharu yang lahir selepas 2007 bebas daripada tabiat merokok dan inisiatif ini dinamakan generasi penamat.

Jika langkah ini berjaya, bermakna akan ada satu generasi yang tidak lagi terdedah kepada rokok dan akhirnya pada suatu masa kelak, negara kita akan bebas rokok.

Ia merupakan satu langkah yang bagus tetapi adakah Malaysia sudah bersedia? Sebelum memaksa akta ini kepada rakyat, saya rasa kerajaan perlu memainkan peranan mereka menggunakan undang-undang sedia ada terlebih dahulu.

Pertama, saya ingin mengingatkan bahawa Malaysia adalah salah satu pasaran rokok seludup tertinggi di dunia dengan hampir enam daripada 10 rokok yang dijual adalah diseludup.

Jika akta ini dilaksanakan, saya percaya akan meningkatkan lagi situasi perdagangan rokok haram dan pada masa ini negara kita dianggarkan kehilangan RM5 bilion setahun dalam hasil cukai akibat penyeludupan.

Kerajaan harus fokus dahulu untuk memperkukuh penguatkuasaan kawalan merokok sebelum melangkah ke larangan generasi merokok.

Kita patut sedar bahawa langkah drastik untuk mengharamkan penjualan semua produk vape dan rokok kepada generasi muda mungkin akan menyebabkan sindiket penyeludupan melihat ini sebagai peluang.

Jika rokok seludup yang lebih murah boleh sampai ke tangan generasi muda, besar kemungkinan masalah ini akan menjadi lebih serius berbanding sekarang.

Kita tahu penjualan rokok memang telah diharamkan kepada mereka di bawah umur 18 tahun tetapi lihatlah betapa ramainya anak muda kita merokok. – UTUSAN

MOHD. RAMLI AKHTAR, Seberang Perai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.