RMT RM2.50 tidak relevan masa kini

RMT RM2.50 tidak relevan masa kini

MAKANAN bernutrisi didakwa membebankan pengusaha kantin. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANTUAN Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang diperkenalkan sekian lama sangat membantu murid dalam kalangan keluarga susah untuk mendapatkan makanan secara percuma.

Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah kadar bayaran RM2.50 sangat rendah dibandingkan harga barangan mentah dan masakan yang semakin meningkat. Bahkan harga bahan api pun sentiasa naik sehingga menyukarkan pengusaha kantin sekolah.

Difahamkan bilangan murid yang mendapat manfaat RMT tidak ramai di sesebuah sekolah terutama di luar bandar atau pedalaman. Namun, pengusaha RMT terpaksa mendapatkan bekalan mentah dan buah-buahan di pasar yang jauh. Ini sekali gus meningkatkan kos pengangkutan.

Walaupun kontrak kantin dan RMT berbeza, tidak ramai yang sanggup menjadi pengusaha RMT. Justeru, kebanyakan pentadbir sekolah meminta pengusaha kantin membekalkan RMT mengikut pilihan menu ditetapkan walaupun harga bahan mentah meningkat.

Makanya, saranan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin agar kadar bayaran RMT dinaikkan kepada RM4 wajar diberikan pertimbangan oleh Kementerian Pendidikan.

Khairy berkata, kementeriannya sudah mengemukakan syor kepada Kabinet supaya peruntukan Kementerian Pendidikan untuk RMT ditingkatkan bagi memastikan murid mendapat makanan berkhasiat.

Khairy juga memberitahu, berdasarkan pemantauan kepatuhan menu program RMT yang dijalankan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan dari Januari hingga Jun lalu, hanya 61 peratus sekolah dipantau mematuhi menu RMT.

Isu RMT mula menjadi perhatian ramai susulan pendedahan warganet menerusi media sosial baru-baru ini yang menunjukkan hidangan disediakan amat sedikit dan tidak berkhasiat.

Skim itu dilaksanakan Kementerian Pendidikan di Selangor sejak 1979 sebelum diperluas ke seluruh negara pada 1982 untuk murid keluarga miskin, orang kurang upaya dan Orang Asli.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini mengatakan, penetapan kadar baharu RMT di sekolah akan dibincang Kementerian Pendidikan dengan agensi pusat. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan dan keupayaan kewangan semasa kerajaan.-UTUSAN

MANOLITO
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya