Perlu berpisah daripada kumpulan perasuah - Utusan Malaysia

Perlu berpisah daripada kumpulan perasuah

GERAKAN Tanah Air (GTA) mahu menyatukan orang Melayu di bawah satu gerakan untuk menyelamatkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan satu gagasan baharu dipanggil Gerakan Tanah Air (GTA). Ini mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai dan lebih ketara lagi parti-parti politik.

GTA diumumkan selepas beberapa siri perjumpaan dilakukan dengan parti-parti politik Melayu yang tiada rekod rasuah dan salah guna kuasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan akademik dan cendekiawan, agamawan, ahli perniagaan, profesional, anak muda dan orang perseorangan.

Dalam keadaan pelbagai kumpulan dengan pandangan dan ideologi berbeza, satu titik pertemuan yang dipersetujui bersama telah termeterai iaitu bagaimana hendak mengekalkan kelangsungan Melayu di dalam keadaan negara sekarang yang semakin celaru?

Kegusaran mereka merujuk kepada pentadbiran kerajaan yang dominan Melayu tetapi kemiskinan dan pelbagai isu melibatkan orang Melayu masih tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

Ini adalah peluang yang boleh mencipta gelombang besar dalam usaha menyelamatkan negara dengan bersatu di bawah satu gerakan beramai-ramai bersama pelbagai kumpulan Melayu.

Kumpulan ini bukan sebuah gabungan politik tetapi gerakan orang Melayu cintakan negara yang datang dari pelbagai peringkat.

Maka jelaslah GTA memisahkan orang Melayu daripada kumpulan-kumpulan yang terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengkhianat mandat rakyat dan penunggang agama. Kumpulan-kumpulan inilah yang telah menjatuhkan maruah orang Melayu dan negara.

GTA mahu menyatukan orang Melayu di bawah satu gerakan untuk menyelamatkan negara dari segala kekejian rasuah dan salah guna kuasa serta mengembalikan maruah orang Melayu. Inilah gerakan yang cintakan negara dan ingin memastikan kelangsungan Melayu di tanah air berkekalan. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM, Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya