Lihat ujian dunia dari sudut positif di samping berdoa

Lihat ujian dunia dari sudut positif di samping berdoa

LIHAT dari sudut positif setiap ujian dan cabaran demi kehidupan yang lebih teratur dan ikhlas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JIKA dikiaskan dengan realiti hari ini, biarpun kita tidak perlu melakukan hijrah sebagaimana dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat, namun kita masih perlu mengambil iktibar untuk bersikap responsif terhadap setiap perubahan yang berlaku, baik dari sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain.

Sebagai contoh, dunia masih bergelut untuk menstabilkan ekonomi global setelah dua tahun bergelumang dengan kelembaban dan kelesuan akibat pandemik Covid-19. Ini dirumitkan lagi dengan konflik Ukraine-Russia yang yang secara langsung mengganggu kestabilan ekonomi di rantau Eropah dan dunia. Maka, antara langkah proaktif wajar diambil ialah dengan mengawal perbelanjaan isi rumah agar sentiasa berada pada tahap optimum bagi mengimbangi keperluan individu, keluarga serta negara. Dengan usaha menyeluruh, pastinya inisiatif ini bakal menstabilkan kembali kadar inflasi ke tahap lebih baik.

Bagi golongan yang menuntut ilmu, mereka perlu lebih peka mengenai perubahan kemajuan teknologi pesat. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dan berdepan kemungkinan terlepas peluang keemasan untuk meningkatkan daya saing dalam sektor pekerjaan pada masa hadapan.

Seharusnya peristiwa hijrah yang ditonjolkan mampu mengajar kita terus melakukan transformasi terutama melibatkan sedikit pengorbanan. Biarpun berkorban tetapi menjamin kejayaan dan pulangan sangat bernilai pada masa akan datang.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW penuh dengan ujian, kesedihan, mujahadah dan kesabaran. Hijrah Nabi Muhammad menyaksikan keperitan meninggalkan harta dan tanah air demi memelihara keimanan.
Sehubungan itu, Allah mengingatkan kita: “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah: ayat 216)

Tahun ini, dunia kembali normal dengan pelonggaran banyak prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan. Kini, Malaysia dan dunia sedang menghadapi pelbagai cabaran ekonomi daripada kenaikan harga barangan sehinggalah ketidaktentuan pasaran kerja. Kesemua cabaran ini tidak perlu dilihat dari sisi negatif, sebaliknya perlu dilihat dengan penuh harapan dan doa.

Bersempena tahun baharu Hijrah ini, marilah kita sama-sama berazam untuk memperbaiki amalan dengan pembukaan ‘buku’ baharu. Azam yang bersungguh-sungguh pastinya menjamin gerak kerja kita pada tahun hadapan akan lebih teratur, bermatlamat, penuh kesungguhan, berdaya positif serta dipayungi keikhlasan. -UTUSAN

DR. MOHD. SHAHID MOHD. NOH
Ketua Jabatan Syariah & Ekonomi Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya