Indeks rasuah merosot, apa tindakan kerajaan?

Indeks rasuah merosot, apa tindakan kerajaan?

KRISIS rasuah memberi kesan kepada sektor ekonomi tempatan, pembangunan pendidikan dan keharmonian setempat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JENAYAH korupsi, rasuah dan salah laku sudah membiak di pelbagai peringkat dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Laporan oleh Dr. Muhammad Mohan, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi 2021 jatuh ke kedudukan 62 berbanding tangga ke-57 pada 2020.

Tambahnya, skor Malaysia pada 2021 menurun kepada 48 daripada 51 pada tahun sebelumnya. Bagaimana indeks ini boleh menurun?

Ini kerana tindakan yang sangat terhad daripada kerajaan sedia ada dan sebelum ini dalam membendung aktiviti rasuah politik dan mengukuhkan hak asasi manusia. Faktor kestabilan kerajaan juga memainkan peranan mustahak dalam memastikan agenda ini tercapai.

Kerajaan banyak mengumumkan pelbagai inisiatif dan pelan untuk membanteras rasuah baik pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN). Kita mahukan pendekatan yang komprehensif dan seimbang, bukan hanya dengan menukar kulit buku muka hadapan semata-mata.

Hal sama berlaku kepada draf Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang ‘dilonggarkan’ kepada mod kurang efektif dan dijenamakan semula sebagai RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Perbahasan mengenai RUU ini juga sudah beberapa kali ditangguhkan di Dewan Rakyat. Terkini pada sidang Mac lalu.

Bukan itu sahaja, komitmen kerajaan dalam rejuvenasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi institusi antirasuah yang benar-benar bebas dan berada di bawah tanggungjawab Parlimen seperti pernah dicadangkan dahulu.

Namun begitu, perkara ini sebenarnya mampu terlaksana jika kerajaan dan pembangkang berlapang dada melakukan kerjasama dwipartisan untuk menyegerakan hal ini.

Jika kita lihat negara-negara yang mempunyai konflik politik berterusan dan mengalami pemerintahan kuku besi, mereka memiliki skor yang terendah seperti Yemen, Venezuela, Somalia, Syria dan Sudan.
Krisis yang mereka hadapi bukan sahaja tidak mampu mengangkat nilai integriti tetapi memberi kesan kepada sektor ekonomi tempatan, pembangunan pendidikan dan keharmonian setempat.

Justeru, semua pihak berkepentingan harus menyatakan pendirian selain kerajaan boleh memperkasakan undang-undang sedia ada yang berkait dengan salah guna kuasa, integriti dan korupsi.
Selain itu, semak imbang secara menyeluruh dalam sistem demokrasi negara perlu diperkukuhkan termasuk sistem pendidikan serta meningkatkan literasi melalui kepelbagaian diskusi mengenai hak asasi manusia di negara ini.-UTUSAN

PROFESOR DR. HANIM SALLEH
Naib Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.