Virus RSV semakin menular, membimbangkan

Virus RSV semakin menular, membimbangkan

PERHATIAN sepenuhnya perlu diberikan kepada kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah bagi mengelakkan jangkitan virus sinsitium pernafasan (RSV).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENULARAN virus sinsitium pernafasan (RSV) dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia dua tahun semakin meluas dan membimbangkan.

RSV ialah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Walaupun virus ini sering menyerang kanak-kanak, namun ia juga berisiko untuk menjangkiti individu dewasa.

Sudah semestinya virus seperti ini merisaukan lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran. Jangkitan RSV ini boleh menjadi lebih teruk bagi sesetengah kes terutama bayi pramatang dan bayi dengan masalah kesihatan mendasari.

Sama juga seperti orang dewasa, jangkitan ini boleh menjadi serius pada individu yang mempunyai penyakit jantung dan paru-paru ataupun sistem imunisasi rendah.

Simptom yang dialami oleh seseorang pesakit itu masih lagi dalam kajian pihak berkuasa tetapi simptom-simptom ringan yang sudah dikenal pasti adalah demam dan selsema berpanjangan. Batuk dan sakit telinga juga antara tanda-tanda virus RSV.

Difahamkan terdapat simptom tambahan yang mungkin berlaku kepada bayi seperti ketidakseimbangan dan rasa mengantuk. Bayi juga akan mengalami kurang selera makan dan apnea. Apnea ialah pernafasan yang berhenti selama 15 hingga 20 saat. Perkara ini biasanya berlaku pada bayi pramatang dan juga mempunyai sejarah apnea itu sendiri.

Virus ini juga boleh berjangkit melalui mata, hidung atau mulut. Penularan adalah melalui rembesan pernafasan berjangkit dan virus ini juga boleh hidup berjam-jam pada sebarang permukaan dan permainan. Ia sangat mudah berjangkit dan bahaya.

Penularan virus ini perlulah dipandang serius oleh semua pihak terumata ibu bapa. Pengawasan terhadap perubahan pergerakan kanak-kanak dengan mengambil tindakan awal dapat mencegah daripada jangkitan RSV.-UTUSAN

NURUL IFFAH ALIAS
Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya