Tingkat tabungan golongan gaji rendah - Utusan Malaysia

Tingkat tabungan golongan gaji rendah

WANG yang dikumpulkan melalui tabungan boleh digunakan untuk pelaburan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENABUNG itu penting terutama apabila seseorang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Ahli-ahli ekonomi mendefinisikan tabungan sebagai pendapatan ditolak penggunaan.

Setiap orang sama ada berpendapatan rendah atau tinggi perlu mempunyai tabungan. Fungsi pertamanya adalah menjana pelaburan.

Kedua, wang yang disimpan adalah untuk membiayai perbelanjaan di luar jangkaan. Fungsi ketiga untuk membiayai perbelanjaan pada masa tua.

Pada masa tua, kita tidak lagi mempunyai pendapatan tetap. Kita terpaksa bergantung kepada jumlah tabungan bagi menggantikan pendapatan untuk menyara hidup.

Inilah yang dibimbangi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila pencarum-pencarum dibenarkan mengeluarkan tabungan mereka lebih awal.

Pada umumnya jumlah tabungan ditentukan oleh pelbagai faktor termasuk inflasi. Oleh itu, Bank Negara Malaysia menaikkan kadar faedah untuk melawan inflasi.

Polisi ini juga boleh meningkatkan pulangan kepada penabung. Bagaimanapun, kadar faedah terlalu tinggi boleh memberi kesan negatif kepada pelaburan.

Ada yang berpendapat, meningkatkan gaji pekerja akan menjana tabungan lebih tinggi. Ini tidak semestinya benar dalam semua keadaan.

Kita juga boleh menjana tabungan dengan menggalakkan bank-bank membuka cawangan di seluruh pelosok negara bagi mengumpulkan tabungan daripada golongan berpendapatan rendah.

Bank perlu memperbanyakkan produk tabungan seperti tabungan pendidikan dan mempermudahkan peraturan membuka akaun tabungan. – UTUSAN

NASARUDDIN ARSHAD, Bekas pensyarah ekonomi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya