Temerloh lokasi sesuai bina IPT

Temerloh lokasi sesuai bina IPT

KETIKA ini hanya terdapat Open University Malaysia (OUM) dan ia tidak cukup untuk mengisi lambakan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TEMERLOH, Pahang yang diisytiharkan sebagai Titik Tengah Semenanjung, dua tahun lalu mempunyai hampir 200,000 orang penduduk dan dua bandar utama iaitu Temerloh dan Mentakab.

Lokasi Temerloh sangat strategik, berada di laluan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1). Oleh itu, saya berpendapat sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) amat sesuai dibina di Temerloh. Pada masa ini hanya ada cawangan Open University Malaysia.

Pada 1980an pernah ada cadangan membina kampus cawangan Universiti Malaya di Temerloh, namun cadangan itu hilang begitu sahaja.

Pada masa ini IPT yang ada di negeri ini hanya terdapat di Kuantan, Pekan, Pusat Bandar Jengka, Raub dan Rompin. Sekurang-kurangnya kampus cawangan mana-mana universiti atau kolej boleh dibuka di Temerloh.

Oleh itu, tiba masanya Temerloh perlu mempunyai sebuah IPT selaras dengan kewujudan projek Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) pada 2026 nanti yang dapat menambah dan meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti ekonomi dan perniagaan, pertanian, penternakan dan lain-lain.

Apabila siap projek itu nanti akan memudahkan perjalanan orang ramai ke Kuala Lumpur yang hanya memakan masa 40 minit. Jadi, isu pengangkutan tidak akan menjadi masalah kepada pelajar yang menuntut di sana nanti.

Di Mentakab dan Temerloh terdapat banyak kemudahan seperti tiga pusat beli-belah dan lebih lima pasar raya, enam restoran makanan segera dan puluhan restoran masakan popular ikan patin dan lain-lain lagi. Kemudahan ini memberi banyak kelebihan kepada pelajar yang menuntut di situ.

Jadi, berdasarkan pertambahan penduduk dan naik taraf infrastruktur di sini, maka sesuailah sebuah IPT dibina bagi membolehkan pelajar mendapat pendidikan terbaik untuk masa depan mereka.

Selain itu, IPT memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda dan melahirkan anak-anak yang berilmu.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya