Perlu maklum kos upah laksana ibadah korban

Perlu maklum kos upah laksana ibadah korban

korban
TERDAPAT pelbagai pakej ibadah korban untuk manfaat penduduk luar negara seperti di Kemboja. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah iaitu Ahad ini. Lanjutan itu, saya terpanggil untuk berkongsi pandangan berkenaan syarikat yang mengendalikan ibadah korban yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Sudah menjadi lumrah, ibadah korban amat digalakkan kerana ia menjadi salah satu lambang penyatuan umat Islam serta selaras dengan konsep mengeluarkan harta demi menurut tuntutan syariat agama.

Barangkali untuk menjimatkan masa dan memudahkan pengurusan, ia diserahkan kepada syarikat untuk mengurusnya yang menawarkan pelbagai pakej termasuk ibadah korban untuk manfaat penduduk luar negara seperti di Palestin, Syria, Jordan, Afrika, Kemboja dan lain-lain.

Syarikat-syarikat tersebut turut menggunakan selebriti tempatan dan tokoh masyarakat sebagai jurucakap bagi menggalakkan penyertaan orang ramai.

Publisiti secara meluas menerusi media sosial termasuk saluran radio menjadi tarikan untuk menyertai pakej ibadah itu yang ditawarkan. Dalam konteks ini, ia adalah sesuatu yang positif.

Namun, menurut pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohd. Sukki Othman semasa kuliah subuh di Masjid Bandar Seri Putra, Selangor, baru-baru ini, syarikat pengendali ibadah korban semasa akad dilakukan perlu menyatakan berapa upah yang diambil oleh mereka kepada para peserta skim korban.

Jika tidak dinyatakan, akad tersebut gharar atau istilah dalam kajian hukum Islam yang bererti ada unsur tidak jelas. Sekiranya tidak dijelaskan, berkemungkinan ada unsur kos tersembunyi.

Jadi, tujuan tulisan ini adalah memberi kefahaman kepada syarikat pengendali ibadah korban agar memaklumkan kepada peserta tentang kadar sebenar upah yang diambil oleh mereka. – UTUSAN

HAMBA ALLAH, Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya