Peranan penting sukarelawan wakaf

Peranan penting sukarelawan wakaf

wakaf
KEBIASAANNYA wakaf dilaksanakan menerusi harta tidak alih seperti tanah dan bangunan sekolah serta harta alih termasuk wang tunai dan saham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AMALAN wakaf bukan perkara baharu kerana ia telah wujud dan dipraktikkan sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

Kebiasaannya, ibadah inidilaksanakan menerusi harta tidak alih seperti tanah yang selari dengan syarat ia boleh dilihat secara ­fizikal dan manfaatnya mestilah berterusan.

Sejajar dengan peredaran masa, proses inovasi bagi harta yang diwakafkan berlaku apabila dilaksanakan menerusi harta alih seperti wakaf tunai, wakaf saham dan sebagainya.

Kewujudan amalan ini dalam pelbagai bentuk ini memudahkan para penderma yang bermurah hati untuk menderma mengikut kemampuan dan keselesaan mereka.

Dalam pada itu, kelangsungan harta wakaf dalam jangka masa panjang dapat dibuat dengan pemeliharaan harta tersebut oleh pengurus. Selain itu, terdapat satu pihak lagi yang dapat menggerakkan instrumen wakaf ini iaitu sukarelawan.

Peranan sukarelawan terhadap instrumen ibadah ini amat besar. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan hartanya di sesebuah institusi, adanya penglibatan mereka mampu membantu dan memudahkan aktiviti pengurusan harta terbabit seperti aktiviti pemasaran dan penjagaan harta wakaf.

Penglibatan mereka dalam pengurusan harta ini amat penting kerana mampu menambah bilangan tenaga kerja. Keperluan tenaga kerja yang ramai ini amat diperlukan terutama ketika kempen diadakan agar maklumat sampai kepada masyarakat dengan lebih meluas.

Tambahan lagi, penglibatan sukarelawan dalam pengurusan harta wakaf juga mampu menjimatkan kos. Hal ini kerana kebiasaannya tenaga yang disumbangkan oleh sukarelawan adalah percuma.

Maka, kos pengurusan dapat dijimatkan dan dimanfaatkan untuk kegunaan umum. Walaupun tenaga kerja yang disumbangkan mereka adalah percuma, namun ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT.

Sukarelawan bertanggungjawab memantau dan menjaga aset yang diwakafkan (seperti penapis air). Oleh kerana itulah penglibatan sukarelawan dalam pengurusan wakaf ini penting kerana mereka dapat membantu dan memudahkan urusan. – UTUSAN

DR. NURUL ADILAH HASBULLAH, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya