Pemimpin PKR syok sendiri, terlalu yakin dapat beri kebaikan? - Utusan Malaysia

Pemimpin PKR syok sendiri, terlalu yakin dapat beri kebaikan?

BENARKAH dakwaan Adam Adli Abdul Halim hanya PKR sahaja yang boleh menyelamatkan negara daripada masalah-masalah tidak diingini?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merujuk kenyataan-kenyataan yang dilaungkan oleh barisan pimpinan PKR semasa kongres parti itu yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai lalu.

Pada umumnya, kenyataan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa Malaysia telah lama bankrap dan ramai rakyat mati kebuluran.

Mereka memperlihatkan juga semangat gila kuasa dengan berani mengatakan hanya PKR yang boleh menyelamatkan negara daripada perkara-perkara atau masalah-masalah tidak diingini.

Dalam masa sama, mereka menonjolkan PKR seperti mempunyai kuasa mutlak terhadap semua masalah. Perkara ini diucapkan sendiri oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim apabila menyebut, “Hanya kita saja yang boleh menyempurnakan segala kebaikan dan kebajikan kepada rakyat.”

Untuk peringatan, golongan pembuat dasar dan golongan pelaksana di sektor kerajaan lebih ramai jika mahu dibandingkan dengan ahli politik. Jadi bagaimana kata-kata Adam Adli ini benar?

Dengan itu, saya ingin mencabar PKR untuk membuat aku janji secara bersumpah bagi menentukan pihak mereka kuat iman dengan tidak akan menyalahgunakan kuasa yang ada.

Akhir kata, ingatlah ungkapan ini iaitu kehidupan di dunia adalah perjuangan. Dalam perjuangan itu ada cabaran dan dalam cabaran itu ada dugaan dan cubaan.

Tiada sebarang kemenangan di dunia ini, kalau ada pun ia bersifat sementara, bukannya bersifat hakiki iaitu kekal. Jadi, tidak perlu mana-mana pihak menunjuk pandai sangat apabila bercakap.

Selagi kita tolak politik agama atau politik Islam, jangan harap kita diberkati, dirahmati dan juga lebih dilindungi oleh Allah SWT kecuali kita mengikut pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz yang mana serigala dan kambing boleh hidup bersama secara aman damai dan harmoni. – UTUSAN

TEROPONG JAUH, Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN