Mudah bagi rakyat jika tarikh PRU15 ditetapkan awal

Mudah bagi rakyat jika tarikh PRU15 ditetapkan awal

PENETAPAN awal tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan sahaja memudahkan jentera parti bergerak malah membolehkan rakyat merancang perbelanjaan dan perjalanan untuk mengundi kelak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH berlegar dalam grup WhatsApp mengenai iklan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mencari sukarelawan. Ini menunjukkan kebarangkalian Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

Malah, cakap-cakap di kedai kopi juga mendakwa Parlimen akan dibubarkan selepas jemaah haji selamat pulang ke tanah air. Pun begitu, ada juga khabar angin mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya akan diadakan sebelum musim banjir hujung tahun ini.

Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan PRU15 akan diadakan lebih awal iaitu sebelum Julai 2023.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, paling lewat PRU15 boleh diadakan pada Julai 2023, selepas tamat tarikh akhir penggal PRU lalu.

Jadi, apa pun jua sasaran penetapan tarikh PRU15, sudah tiba masa bagi kerajaan untuk mengkaji segera dan sedalam-dalamnya Akta Anti Lompat Parti dan Akta Dana Politik sebelum PRU.

Kerajaan perlulah mengkaji secara serius cadangan pakar akademik supaya tarikh PRU ditetapkan awal secara undang-undang.

Pembubaran Parlimen bukan sahaja memberi kesan besar kepada wakil rakyat yang mungkin tertanya-tanya nasib mereka tetapi juga rakyat yang bakal mengundi. Ini kerana ramai yang mengundi di kampung halaman, maka perancangan awal perlu dibuat terutama membabitkan soal perbelanjaan dan perjalanan.

Contohilah Amerika Syarikat (AS) yang siap menetapkan tarikh mengundi hingga tarikh angkat sumpah presiden baharu setiap kali adanya pilihan raya, bukan pada saat akhir seperti Malaysia.

Menetapkan tarikh PRU dari awal memberi keadilan kepada kesemua parti yang bertanding tidak kiralah yang memerintah atau pembangkang kerana mereka dapat bersedia dari awal terutama dalam menggerakkan jentera pilihan raya.-UTUSAN

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya