MBSJ peka masalah tekanan mental komuniti setempat

MBSJ peka masalah tekanan mental komuniti setempat

ORANG ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat mengenai kesihatan mental ketika penganjuran Bulan Kesedaran Mental.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENULARAN pandemik Covid-19 memberi impak mendalam terhadap aspek sosioekonomi dunia, lantas memberi kesan terhadap banyak perkara asas kehidupan.

Berikutan permasalahan ini, terdapat tekanan tambahan yang dihadapi oleh komuniti terutama dari aspek kesihatan mental.

Melihat kepada permasalahan ini, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Kaunseling Selangor menganjurkan Bulan Kesedaran Mental pada 11 Jun lalu di Palazzo Mall, Subang Jaya.

Fokus utama program ini adalah untuk mengenal pasti dan membantu mereka yang memerlukan bantuan agar dapat menghadapi tekanan dengan baik, selain mengukuhkan aspek kesihatan awam dalam kalangan komuniti seperti yang disarankan oleh kerajaan negeri Selangor.

Program ini memberi fokus kepada segenap peringkat umur dan membawa pelbagai pengisian menarik antaranya pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Columbia Asia, Puchong; pameran dan taklimat kesedaran kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja oleh pakar psikiatri dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, HKL, Dr. Anita Codati. Juga taklimat kesedaran mental ibu bapa dan penjaga pusat kaunseling Selangor; pertandingan mewarna dan kaunter permohonan dan pembaharuan lesen anjing.

Diharap melalui penganjuran program ini dapat membantu individu yang memerlukan sokongan dalam menangani isu kesihatan mental.

MBSJ akan terus mempergiat aktiviti kesihatan awam bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di setiap peringkat umur mendapat manfaat daripada program yang dijalankan bersesuaian dengan matlamat bandar raya, iaitu leave no one behind.-UTUSAN

AZFARIZAL ABDUL RASHID
Timbalan Pengarah
Jabatan Korporat & Pengurusan Strategik MBSJ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya