Kesal pemandu treler tidak rasa bersalah

Kesal pemandu treler tidak rasa bersalah

KEADAAN kereta Honda City yang remuk teruk akibat hentaman treler dalam kemalangan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada 12 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK akhir-akhir ini, banyak berita mengenai kemalangan yang meragut nyawa melibatkan lori treler dengan kenderaan lain di jalan raya. Kemalangan yang berlaku sangat tragis dan  menyayat hati.

Kebanyakan kemalangan berpunca daripada ‘pilot darat’ atau nama lain bagi pemandu treler yang memandu secara berbahaya. Punca lain adalah disebabkan brek treler rosak selain kecuaian pemandu.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Law Teik Hua berkata, lazimnya apabila treler membawa muatan berat, kecekapan sistem brek akan berkurangan berbanding dalam keadaan tanpa muatan.

Antara kes kemalangan maut yang masih lagi segar dalam ingatan adalah lima individu rentung selepas kereta yang dinaiki terbakar dalam kemalangan membabitkan treler di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora pada Mei lalu.

Disebabkan terlalu banyak kes kemalangan sebegini, maka satu penguatkuasaan undangundang yang ketat perlu dilaksanakan segera. Kita tidak mahu lagi pemandu treler seakan bermaharajalela di atas jalan dengan melanggar peraturan terutama berkaitan muatan dan had laju. Mentang-mentang kenderaan besar, mereka memandu tanpa mempedulikan kenderaan lain.

Seperti diketahui ramai, antara alasan pemandu treler memandu laju adalah kerana terpaksa mengejar waktu kerja ditetapkan, mengantuk dan tidak dapat melihat kenderaan lain terutama ketika mereka berada di ‘titik buta.’

Amat dikesalkan apabila segelintir pemandu yang tidak sedikit pun rasa bersalah walaupun menyedari banyak jiwa hancur sekiranya kehilangan orang tersayang.-UTUSAN

RATU AHMAD GUZALI
Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN