Kerajaan perlu jelaskan rasional agih subsidi

Kerajaan perlu jelaskan rasional agih subsidi

INFLASI akan mengakibatkan jumlah pelaburan berkurangan dan menyumbang kepada kemerosotan ekonomi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KADAR inflasi atau kenaikan harga barangan di negara ini dijangka kekal tinggi untuk tempoh beberapa bulan akan datang berikutan beberapa faktor yang mendorong kenaikan kos.

Keadaan bertambah teruk apabila kerajaan mengumumkan akan memansuhkan subsidi beberapa barangan asas seperti ayam, telur dan minyak masak botol.

Tindakan tidak wajar ini dijangka menyebabkan inflasi makanan makin melonjak dalam situasi harga komoditi global yang lebih tinggi. Walaupun kerajaan menaikan subsidi kepada pengeluar ayam dari RM500 juta ke RM700 juta, namun ramai yang mengadu pengagihan ini terlalu perlahan.

Masalah inflasi akan menyebabkan impak negatif kepada keseluruhan ekonomi negara antaranya mendorong nilai mata wang ringgit kian merosot, seterusnya menjejaskan imbangan perdagangan kerana import barangan asas seperti makanan dan bahan mentah mungkin melebihi hasil aktiviti eksport.

Situasi ini tidak ideal kepada rakyat, malah memberikan tekanan kewangan yang hebat kepada golongan B40 dan miskin tegar.

Oleh itu, Pejuanita Muda menggesa kerajaan memberi penjelasan bagaimana pengagihan subsidi kepada pengeluar ayam dilakukan dan mengapa pengagihan subsidi ini terlalu lambat.

Kami juga menggesa kerajaan mempercepatkan pemberian bantuan tunai kepada golongan B40 berikutan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah mengeluarkan dapatan peningkatan kanak-kanak mengalami malnutrisi yang berkait rapat dengan kemiskinan.

Pejuanita Muda juga menuntut rasionalisasi subsidi dilakukan segera agar mereka yang memerlukan akan mendapat manfaat daripada golongan T20.

Pelaksanaan dasar monetari menguncup bersama dengan dasar  fiskal yang tepat harus diambil dan dilakukan secara agresif, berkesan serta bersungguh-sungguh.

Kerajaan harus bekerja keras memulihkan ekonomi negara yang terkesan dengan teruk dan berhenti menyeksa rakyat.-UTUSAN

NURHIKA YASMIN
Exco Ekonomi Pejuanita Muda
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.