Elak ayam, telur jadi makanan ‘mampu tengok’ sahaja

Elak ayam, telur jadi makanan ‘mampu tengok’ sahaja

TIADA jaminan pandemik inflasi dapat diselesaikan selepas diadakan PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU pandemik inflasi sepatutnya dijadikan keutamaan wajib untuk semua pihak dalam kerajaan dan bukannya menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen.

Tiada sebab munasabah untuk langkah itu dibuat kerana hanya berbaki kira-kira setahun lagi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mesti diadakan. PRU15 pada waktu sekarang bukanlah suatu keperluan mendesak bagi rakyat.

Sebaliknya ia hanya penting kepada sebilangan individu yang terbabit dalam episod sandiwara politik dan juga bagi faedah pemimpin tertentu yang sedang menghadapi masa depan gelap.

Masa depan kerjaya politik golongan berkenaan umpama tiada cahaya di penghujung terowong, maka jalan terbaik adalah diadakan PRU15.

Mendapatkan mandat baharu menerusi PRU adalah sesuatu yang dituntut serta praktikal menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan tetapi ia tidak terpakai jika sekadar ‘melepaskan tengkuk’ pihak tertentu dengan menjadikan isu kesempitan hidup rakyat sebagai modal.

Tiada jaminan pandemik in­flasi dapat diselesaikan selepas diadakan PRU15 malah dikhuatiri menjadi lebih parah akibat kedudukan kuasa politik yang tidak seimbang.

Beri ruang sewajarnya kepada Perdana Menteri dalam menangani masalah rakyat yang semakin meruncing dan bakal lebih genting untuk beberapa bulan mendatang akibat tempias ekonomi global.

Justeru, tumpuan kerajaan adalah bagi menangani isu kenaikan kos seperti ayam dan telur dalam jangka masa panjang bagi mengelak ia sekadar menjadi makanan ‘mampu tengok’ bagi golongan berpendapatan rendah (B40). – UTUSAN

RAHMAD ISAHAK, Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya