China sedia berperang di Laut Cina Selatan?

China sedia berperang di Laut Cina Selatan?

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan kapal pengangkut pesawat China, Liaoning, mengadakan latihan di tengah-tengah Laut China Selatan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KONFLIK berlarutan di Laut China Selatan sudah mencapai satu tahap diistilahkan sebagai ‘bom jangka peperangan’ antara negara-negara yang mempunyai pertembungan dingin dengan China mengenai perairan wilayah itu serta negara-negara bersekutu lain.

Ketegangan yang berterusan telah mencapai titik didih kerana China dan terbaharu, Amerika Syarikat (AS) bersama sekutu Asianya menuduh antara satu sama lain dengan dakwaan kedua-duanya melakukan aktiviti ketenteraan berskala besar ketika masing-masing memintas pencerobohan tentera lawan di sempadan Laut China Selatan.

Satu pandangan dikemukakan bahawa sekiranya pencerobohan ini terus merebak, negara-negara serantau bimbang kemungkinan sekatan ‘Laut Hitam’ boleh berlaku di Laut China Selatan, melumpuhkan laluan perdagangan dan ekonomi penting di rantau ini yang akhirnya membawa akibat buruk terutama kepada ekonomi kita.

Ramai percaya bahawa ini akan mengeruhkan lagi hubungan antara China dan Taiwan.

Gesaan ini mendorong China mengeluarkan amaran bahawa mereka tidak teragak-agak untuk berperang sekiranya Taiwan terus menggasak dengan sokongan AS.

Jika benar, wilayah tersebut akan menjadi pentas perang dalam kalangan negara-negara berseteru dan mengakibatkan kesan buruk kepada pihak yang bergantung kepada kebebasan pelayaran di Laut China Selatan, khususnya Malaysia. Seperti pandangan Perdana Menteri Jepun baru-baru ini, keadaan kini meningkat kepada tahap hampir sama dengan apa yang dilihat dalam konflik Ukraine-Russia.

Kita mesti terus kekal kuat, lantang bersuara dan menentang tindakan ketenteraan China terutama di Laut China Selatan.

Malaysia tidak mempunyai kemampuan seandainya dilibatkan dalam graviti konflik seperti ini. Kenyataan perlu dibuat bahawa kita perlu melindungi integriti keamanan rantau ini. Kedudukan tentera China di Laut China Selatan untuk melindungi kepentingannya adalah satu ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan hubungan negara-negara ASEAN.

ASEAN mengambil pendirian bahawa ia tidak memihak dalam pertikaian antara negara-negara kuasa kerana akan memakan kos ekonomi bagi mana-mana negara anggota untuk terlibat dalam konflik ini.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus mengambil pendirian senyap berhubung isu ini.

Kita tidak mahu menjadi seperti Taiwan, tatkala sempadan negara terus dipantau dan negara tidak dipedulikan oleh gergasi yang mempunyai pasukan tentera lebih besar daripada kita hanya kerana mereka mampu.-UTUSAN

MUKHLIS MURZANY
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya