Bagilah cadangan lebih praktikal

Bagilah cadangan lebih praktikal

RAKYAT semakin tertekan dalam menjalani kehidupan harian sehingga terpaksa menggunakan wang simpanan selepas banyak keistimewaan ditarik kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KESESAKAN aliran trafik di seluruh negara mula mendapat perhatian banyak pihak. Saya pun rasa begitu dan terfikir, mengapakah setiap jalan kini semakin bertambah sesak terutama pada waktu puncak meskipun banyak jalan sudah dinaik taraf menjadi dua atau tiga lorong serta disediakan laluan bertingkat?

Alangkah bagusnya jika pengguna jalan raya mampu bersikap pasrah apabila menghadap jalan sesak setiap kali berulang-alik ke tempat kerja.

Sekiranya menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) atau tren Komuter ke tempat kerja juga akan menghadapi masalah sama. Malah lebih membuang masa dan tenaga kerana terpaksa berkejar-kejar menaiki tren berbanding menggunakan kenderaan sendiri.

Walaupun banyak aduan dibuat berhubung perkara ini tetapi nampaknya tiada yang berubah, sebaliknya rakyat terus dibebani dengan pelbagai masalah negara termasuk ekonomi.
Kini, kami mula terasa bahang selepas segala hak dan keistimewaan subsidi akan ditarik oleh kerajaan bermula bulan ini.

Impaknya bukan kecil malah rakyat terpaksa sekali lagi menanggung segala bebanan sementara menteri dan golongan kayangan masih lagi steady selagi jawatan mereka tidak tergugat.
Lebih dikesalkan apabila timbul pelbagai cerita dan persepsi buruk berkaitan penyalahgunaan rasuah oleh sebahagian pemimpin serta ahli politik.

Lebih merisaukan kami, banyak cadangan dan saranan sama ada di pihak kerajaan atau pakar dalam sesuatu bidang tidak realistik dan tidak boleh diterima oleh banyak pihak. Ini semua menambah tekanan kepada rakyat.

Alangkah bagusnya kalau cadangan itu bernas dan selari dengan situasi ekonomi negara. Janganlah sekadar memberi pandangan tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat. Mereka patut memberi cadangan dan pandangan yang bernas serta praktikal.-UTUSAN

TOK WALI SONGEI
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya