Anwar tidak bohong tapi ditipu berkali-kali

Anwar tidak bohong tapi ditipu berkali-kali

BUKAN perkara membanggakan jika benar Anwar Ibrahim (kanan) mendapat sokongan UMNO ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RIUH rendah apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan beliau bersama beberapa orang ahli UMNO menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Sejujurnya ini bukanlah perkara mengejutkan kerana sebelum ini Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pernah mendedahkan hal sama, malah selepas pendedahan tersebut berlakunya perebutan kuasa dalam kalangan ahli UMNO hingga tercetus pilihan raya negeri di Melaka, Johor dan Sabah.

Saya rasa pergolakan dalaman UMNO tidak perlulah pembangkang beria-ia mengulas kerana kita sendiri masih lagi terkapai-kapai untuk bersatu dalam gagasan pembangkang. Mungkin Pakatan Harapan (PH) perlu kuatkan perpaduan dalam komponen parti dahulu.

Ketika kerajaan masih lagi berantakan, kita perlu ambil peluang ini untuk menguatkan PH, bukan sebaliknya.

Mungkin benar Anwar orang yang berprinsip sehingga rela ditipu berkali-kali tetapi naratifnya agak mengecewakan kerana beliau menerima sokongan daripada geng kleptokrat sendiri walaupun anggota akar umbi PKR menolak cadangan ini.

Malah gerakan anti-establishment seperti Rafizi Ramli akhirnya menang pada pemilihan parti akibat percaturan kuasa yang tidak menguntungkan rakyat malah imejnya sendiri. Saya rasa ada kebenaran pada dakwaan Rafizi sebelum ini.

Jika benar Presiden PKR itu mendapat sokongan, ia bukanlah sesuatu perkara yang dibanggakan kerana sehingga hari ini beliau gagal menempatkan diri menjadi perdana menteri akibat ditipu. Untuk ini, saya menyalahkan individu-individu yang memberi nasihat tidak sepatutnya kepada Anwar.

Saya rasa sudah tidak perlu kita merayakan pergolakan dalaman parti kerajaan hari ini, hakikatnya kita masih lagi gagal menambat hati para pegundi untuk mengundi kembali PH.-UTUSAN

YUSLAINI AZMI
Setiausaha PKR Cabang Batu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya