Anwar hanya hebat berkata-kata?

Anwar hanya hebat berkata-kata?

ANWAR Ibrahim diminta berhenti mencari kesalahan kerajaan dalam setiap ceramahnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan kerajaan hari ini sebagai ‘bangang’ apabila hanya bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dalam menangani harga barang termasuk ayam selepas enam bulan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang.

Sedangkan katanya, penubuhan jawatankuasa itu sepatutnya boleh diadakan lebih awal sebelum kenaikan harga barang dan berusaha membendungnya lebih awal.

Malah, Anwar ketika ceramah Jelajah Harapan Selangor di Tanjong Karang itu turut membandingkan dirinya ketika memegang jawatan di kementerian yang akan bertindak pantas menubuhkan jawatankuasa Kabinet untuk tangani masalah sekiranya harga barangan meningkat.

Persoalannya, adakah beliau seorang yang tersangat bijaksana? Bukankah negara kita baru sahaja melepasi serangan wabak Covid-19 dan juga bencana banjir yang menjejaskan ekonomi negara?

Sekiranya menjadi Perdana Menteri pada hari ini, adakah apabila berlaku juga masalah-masalah yang mengganggu gugat atau mengancam ekonomi negara termasuklah penyelewengan, rasuah serta inflasi, beliau bersedia untuk meletak jawatan serta-merta?

Jangan hanya pandai dan bijak berkata-kata seolah-olah orang lain kurang bijak. Lupakah beliau ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa selama 22 bulan, tiada sebarang bantuan atau sumbangan yang diberikan kepada rakyat? Itulah sikap dan perangai pihak pembangkang.-UTUSAN

Baharuddin Samek
Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN