Al-Quran sunnah teragung, bukan semata-mata hadis sahih

Al-Quran sunnah teragung, bukan semata-mata hadis sahih

SUNNAH teragung ialah kehidupan menurut panduan al-Quran manakala sunnah yang selainnya adalah sunnah kecil sahaja. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai isu yang mencetuskan polemik membabitkan beberapa agamawan dan ahli akademik selepas berlangsungnya satu program diskusi di Perlis, baru-baru ini.

Pada hemat saya, masyarakat tidak wajar dilibatkan dalam perbezaan pendapat (khilaf mazhab) bahkan tidak layak sama sekali untuk mengkritik ilmiah apatah lagi yang bersangkutan permasalahan fiqh ibadah umat Islam.

Sebaliknya masyarakat perlu mengambil pendapat daripada ulama muktabar yang sudah diperhalusi dan disaring dengan teliti. Jadi, tiada keperluan bagi mana-mana individu hatta ahli akademik untuk mereformasikan tajdid hukum baik soal fiqh ibadah mahupun nas atau hadis. Oleh demikian tidak timbul sama sekali dakwaan mengatakan orang ramai beramal dengan hadis-hadis palsu atau melakukan banyak bidaah.

Mengapakah ini boleh terjadi sehingga mengundang polemik secara berterusan sehingga sekarang? Jawapannya kerana terdapat salah faham terhadap kaedah disiplin ilmu itu sendiri.

Khilaf dalam satu-satu mazhab fiqh telah diperhalusi dengan teliti oleh para fuqaha’ lalu kerana sudah mengetahui usul dan kaedah mazhab itu sendiri berbanding masyarakat hari ini hanya bertaraf muqallid iaitu menerima apa yang sudah diijtihadkan dan difatwakan oleh para mujtahid.

Jikalau ada ulama hebat sekalipun pada hari ini, masih belum layak untuk mencapai tahap mujtahid.

Sementelah salah faham tentang taklid buta ialah dalam perkara asas akidah bukannya syariat. Harus faham juga mengenai kaedah pemaksian qaul. Qaul muktamad ialah pendapat yang disepakati oleh Imam Nawawi dan Imam Rafiie. Qaul asah adalah pendapat yang kuat antara ashah Syafieyah manakala qaul rajih ialah pendapat yang kuat dalilnya.

Maka agak menghairankan bagi kita kerana munculnya buku-buku yang berkisar seperti cerita masyhur tapi palsu untuk menarik perhatian masyarakat membacanya
Tidak keterlaluan saya katakan bahawa mereka ini hanya sembang kencang tetapi lupa serta tidak sedar yang mereka telah menolak akidah bertunjangkan Asya’irah dan Matrudiah kerana aliran akidah ini yang diterima amal-amal kita.

Justeru, sunnah teragung ialah kehidupan menurut panduan al-Quran manakala sunnah yang selainnya adalah sunnah kecil sahaja.-UTUSAN

Wali Tok Songei
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya