AJK PIBG perlu dikembalikan kepada waris

AJK PIBG perlu dikembalikan kepada waris

KEMENTERIAN Pendidikan perlu memastikan setiap sekolah melantik ahli jawatankuasa (AJK) persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dalam kalangan ibu bapa yang anak mereka masih belajar di sekolah terbabit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PELANTIKAN ahli jawatankuasa (AJK) persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) perlu dikaji semula memandangkan ada dalam kalangan pemegang jawatan yang anak-anak mereka tidak lagi belajar di sesebuah sekolah.

Saranan ini wajar diberikan perhatian oleh Kementerian Pendidikan agar selari dengan objektif dan matlamat penubuhan PIBG iaitu memastikan 100 peratus ibu bapa atau waris menjadi ahli yang berdaftar secara sah dalam persatuan ini memandangkan pembayaran yuran juga dijelaskan oleh ibu bapa dan waris.

Dengan pelantikan mereka sebagai AJK ini sekali gus dapat menyampaikan, berbincang, menjalankan aktiviti dan menggembleng idea serta tenaga di antara sekolah dan ibu bapa demi kebaikan semua pihak.

Pemegang jawatan dalam kalangan ibu bapa dilihat lebih rapat untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan sekolah dan mewujudkan hubungan padu yang erat.

Ibu bapa dilihat lebih mudah untuk menyampaikan saranan kepada pihak sekolah berkaitan sebarang perancangan untuk kemajuan anak-anak mereka termasuk mencari jalan penambahbaikan dalam melestarikan sistem pendidikan.

Namun dalam konteks sama, bukanlah menindakkan pemegang jawatan yang anakanak mereka tidak bersekolah di situ tetapi berilah peluang kepada waris yang anak mereka masih di sekolah kerana waris telah membayar yuran PIBG.

Mana-mana waris yang ingin menyumbang khidmat mereka kepada pihak sekolah mungkin boleh dilantik sebagai AJK tambahan dan diletakkan dalam biro rakan strategik atau hubungan luar.

Namun, pelantikan AJK sepenuhnya perlu diberikan kepada anak mereka yang masih bersekolah di situ. -UTUSAN

BEKAS WARIS PELAJAR
Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya