SAUDARA PENGARANG,
KENAIKAN harga barang sangat memberi impak kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Pun begitu, situasi ini memberi kelebihan kepada pihak pembangkang untuk terus bermain isu ini bagi memenangi hati rakyat, terutama apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan tidak lama lagi.
Isu rakyat seperti ini jika terus dimainkan membolehkan pembangkang dilihat sebagai hero selain berpeluang mendapat pengaruh dan sokongan.
Jadi, disini saya ingin mencabar sekali lagi pihak pembangkang supaya membuat aku janji secara bersumpah bagi memastikan rasuah, penyelewengan dan juga kenaikan harga barang tidak akan menjadi kenyataan jika mereka kembali mentadbir negara.
Aku sumpah ini penting kerana saya tidak melihat bukti yang menunjukkan mereka jujur dan ikhlas.
Dengan itu rakyat atau pengundi seharusnya membuat perhitungan secara bijak dan menolak mereka yang menjadikan atau mengangkat sesuatu isu semata-mata sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kuasa.-UTUSAN
BAHARUDDIN SAMEK
Muar, Johor