Mohon bas percuma ke Selayang Mall

Mohon bas percuma ke Selayang Mall

BAS percuma Smart Selangor banyak memberi manfaat kepada orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERKHIDMATAN bas percuma Smart Selangor yang dilancarkan pada 2015 banyak memberi manfaat kepada orang ramai, lebih-lebih lagi golongan memerlukan khususnya pelajar yang tidak lagi bergantung pada van atau bas sekolah seperti kebiasaannya.

Bas percuma yang beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam dengan kekerapan 15 minit itu perlu diteruskan.

Bagaimanapun, kemudahan itu gagal dinikmati oleh semua lapisan masyarakat kerana laluannya terbatas untuk ke stesen-stesen bas terdekat sahaja.

Dengan lingkungan perkhidmatan yang pendek dan berhenti di stesen bas ditetapkan, ia membataskan pergerakan untuk ke semua destinasi secara sambung-menyambung.

Sebagai contoh, pengguna dari bandar Rawang yang hendak ke Kuala Lumpur merintih kerana ketiadaan bas awam disediakan.

Semenjak negara dilanda Covid-19, perkhidmatan bas berbayar SJ Bas Rawang yang membawa penumpang ke Kuala Lumpur tidak lagi beroperasi.

Pengguna dari stesen bas Rawang yang menaiki bas percuma Smart Selangor akan diturunkan di stesen bas berhampiran pasar raya besar, Lotus’s Rawang sahaja.

Untuk perjalanan ke Kuala Lumpur, pengguna terpaksa menggunakan GrabCar dengan caj RM50, bukan jumlah yang kecil.

Justeru, saya cadangkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang diberi mandat menguruskan perkhidmatan bas percuma di laluan itu, agar mewujudkan laluan baharu dari Lotus’s Rawang ke pusat beli-belah, Selayang Mall.

Apabila penumpang- penumpang turun di Selayang Mall, mereka boleh menaiki bas Smart Selangor sedia ada untuk ke Stesen Kereta Api Batu Caves sebelum ke Kuala Lumpur. – UTUSAN

ABDULLAH SHUIB, Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya