Lelaki cenderung bunuh diri jika didera isteri - Utusan Malaysia

Lelaki cenderung bunuh diri jika didera isteri

JANGAN takut meminta bantuan pihak yang sewajarnya sekiranya didera bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, dunia heboh selepas aktor terkenal, Johnny Depp menang kes dera membabitkan dirinya dan bekas isteri, Amber Heard. Dalam kes mereka, ramai baru menyedari bahawa lelaki juga boleh menjadi mangsa dera.

Menurut statistik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dari 2014 hingga 2016 mendapati 26 peratus daripada 15,617 kes keganasan rumah tangga melibatkan penderaan suami oleh isteri.

Jadi, kes penderaan ini bukanlah baharu sebaliknya sudah lali dan biasa dibaca. Ia juga bukan hanya melibatkan hubungan suami isteri, malah pasangan kekasih tidak kiralah heteroseksual atau homoseksual.

Depp selepas menang dalam kes penderaan terhadap dirinya mengatakan bahawa hakim telah mengembalikan semula kehidupannya. Jelas, selama ini dia menyimpan rahsia dan berhadapan situasi sukar dalam hidup.

Penderaan terhadap seseorang amatlah tidak wajar walaupun mangsa adalah seorang lelaki. Mereka juga mempunyai perasaan dan kehidupan.

Seperti kanak-kanak atau wanita, mangsa dera lelaki harus mendapatkan bantuan kauseling ekoran kemungkinan mengalami gangguan tekanan selepas trauma.

Menurut halaman Hello Doktor, seperti isu penyakit mental, lelaki yang mengalami penderaan domestik kebiasaannya lebih cenderung untuk menyimpan rahsia berkenaan. Ia berikutan kes isteri dera suami dianggap sesuatu yang sangat jarang berlaku dan mereka sering mengaitkan lelaki yang didera dengan perkataan ‘lemah.’

Dalam konteks isteri dera suami, lelaki yang didera juga berisiko untuk mengalami penyakit mental seperti kemurungan dan keresahan. Jika tidak diberi perhatian, mereka boleh mengambil tindakan yang menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri seperti tindakan bunuh diri.-UTUSAN

NUR SHUHADDAH UMAR
Pelajar Program Pengajian Sarjana Muda
Komunikasi Media Baharu
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya