Ibu bapa boleh henti penularan HFMD

Ibu bapa boleh henti penularan HFMD

IBU bapa diminta tidak menghantar anak yang bergejala ke sekolah bagi mengelak penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENYAKIT tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang menular sejak kebelakangan ini semakin menunjukkan peningkatan kes dan ia boleh mengancam nyawa kanak-kanak jika tidak diubati.

Penyakit ini dilaporkan meningkat sebanyak 15 kali ganda dengan 31,661 kes direkodkan sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 (14 Mei) lalu, berbanding ME sama tahun lepas yang hanya mencatatkan 2,121 kes.

Semua negeri menunjukkan peningkatan yang ketara. Bagaimanapun, tiada sebarang kematian dilaporkan di tempat berisiko dan beberapa taska dan tadika diarahkan tutup.

Portal Kementerian Kesihatan dalam masa sama menasihati ibu bapa supaya tidak berkongsi alatan peribadi, makanan dan permainan anak-anak yang dijangkiti HFMD kepada kanak-kanak lain.

Selain itu, ibu bapa juga haruslah memainkan peranan penting dengan menjaga kebersihan diri, anak dan persekitaran. Ini kerana persekitaran yang kotor boleh menjadi punca kepada penyakit ini. Jadi, ibu bapa digalakkan mencuci tangan dan membersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu.

Ibu bapa juga perlu peka terhadap kesihatan anak dengan tidak menghantar mereka yang tidak sihat atau bergejala ke sekolah, prasekolah, pusat jagaan atau tadika bagi mengelak penyakit ini merebak kepada murid lain.

Ibu bapa juga harus selalu memantau keadaan anak dan dapatkan nasihat daripada doktor jika terdapat tanda-tanda penyakit di kaki, tangan dan mulut anak-anak.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mencegah penyakit ini dengan mengamalkan sikap bertoleransi agar penyebarannya dapat dihentikan.-UTUSAN

NURADIBAH THMAON
Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN