Duta Besar Russia di Malaysia memang bercakap benar

Duta Besar Russia di Malaysia memang bercakap benar

BENARKAH wujud makhluk asing yang baik hati yang mempunyai wajah seperti manusia? – TWITTER KABAMUR_TAYGETA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA bersetuju dengan kenyataan Duta Besar Russia di Malaysia, Naiyl M. Latypov dalam wawancara eksklusif yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu yang menyatakan mustahil negara itu akan menggunakan senjata nuklear.

Ancaman dan ugutan Russia untuk menggunakan senjata nuklear mula heboh diperkatakan sejak negara itu melancarkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine pada 24 Februari lalu.

Baru-baru ini, ahli fizik yang terkenal dengan teori superstring atau berbilang dimensi dari Amerika Syarikat (AS), Dr. Michio Kaku mengulas sesi pendengaran awam oleh Kongres negara itu mengenai fenomena udara tidak dikenali (UAP) pada Mei lalu.

Beliau berpendapat, pendedahan pegawai-pegawai kanan tentera AS pada sesi berkenaan mengenai kehadiran UAP berhampiran kem tentera perlu dipandang serius.

Sejak pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun pada 1945, berlaku banyak kejadian UAP melakukan nyahaktif bom nuklear yang disimpan di bawah tanah.

Tindakan itu seolah-olah memberi amaran supaya tidak menggunakan bom nuklear. Mungkin kejadian sama juga berlaku di Russia tetapi tidak didedahkan tentera negara itu.

Kumpulan manakah yang berupaya bertindak sedemikian? Adakah mereka pasukan khas gabungan negara-negara yang membantah penggunaan bom nuklear atau perbuatan makhluk asing?

Sebelum ini, bekas komander tentera AS, Bob Dean pernah mendedahkan kajian tentera negara itu menyimpulkan wujud makhluk dari alam dimensi lain yang baik hati dan dengan wajah seperti manusia.

Katanya, mereka yang mempunyai keupayaan teknologi jauh melebihi manusia sedang memerhati kita. – UTUSAN

AIDIL KAMARUZAMAN, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya