Alumni universiti perlu wakaf buku - Utusan Malaysia

Alumni universiti perlu wakaf buku

ELOK disumbangkan buku-buku baharu dan terpakai untuk diwakafkan kepada pelajar. – GAMBAR HIASAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Projek wakaf buku atau disebut sebagai sumbangan buku adalah sebahagian daripada sedekah jariah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang membawa maksud:

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua-dua ibu bapanya.” (Riwayat Muslim)

Saya melihat projek wakaf atau sumbangan buku adalah bertepatan dengan semangat sedekah dan dapat dijayakan melalui penglibatan alumni di universiti masing-masing.

Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) umpamanya menjayakan projek ini apabila puluhan alumni menyumbang buku-buku baharu dan terpakai untuk diwakafkan kepada pelajar.

Terdapat pelbagai bentuk wakaf atau sumbangan buku yang boleh dilaksanakan oleh alumni antaranya pembelian buku teks dan buku rujukan baharu kepada pelajar universiti.

Bagi memudahkan proses sumbangan, alumni dinasihatkan berhubung dengan pihak pusat pengajian ataupun fakulti bagi mendapatkan senarai buku teks dan bahan bacaan terkini yang diperlukan oleh pelajar.

Selain itu, alumni juga boleh menyumbang atau mewakaf buku teks dan rujukan terpakai yang mereka pernah miliki sewaktu belajar di universiti.

Biarpun buku-buku tersebut sudah lama, namun ia masih boleh dijadikan sebagai sumber rujukan memandangkan terdapat beberapa konsep mahupun model yang dibentuk pada masa lampau masih dipraktikkan hari ini.

Perkara paling penting dalam hal ini adalah meningkatkan sumbangan atau wakaf buku yang dijayakan oleh alumni seperti mana disebut dalam hadis:

“Tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima).” (Riwayat Bukhari dan Muslim) – UTUSAN

DR. MUHAMMAD HAFIZ BADARULZAMAN, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN