Van sekolah haram ‘menghantui’ ibu bapa

Van sekolah haram ‘menghantui’ ibu bapa

VAN sekolah yang beroperasi secara haram masih berleluasa di negara ini yang dikhuatiri boleh membahayakan nyawa anak. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUNGKIN isu ini sudah basi tetapi saya berpendapat perlu dibangkitkan semula memandangkan ia berkaitan keselamatan pelajar sekolah.

Saya menyedari isu van haram masih berleluasa hampir di semua sekolah dalam negara. Sudahlah perkhidmatan tersebut dilakukan secara tidak sah dan dalam masa sama terlebih muatan.

Kasihan pula melihat kanak-kanak berhimpit dalam van sementara menunggu giliran dihantar pulang ke rumah.

Pernah saya terlihat kanak-kanak ini membuka tingkap di kerusi paling belakang. Mungkin mereka kepanasan disebabkan cuaca dan kepadatan penumpang.

Tolonglah pihak berwajib memantau perkara ini. Bukan niat untuk menutup rezeki tetapi pemandu van berkenaan perlulah mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Jangan disebabkan mereka mengejar keuntungan, nyawa anak-anak kita di ambang maut.

Justeru, pihak berkuasa perlu memandang serius isu ini dengan mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah dan mewajibkan mereka memohon permit van sekolah. Ini bagi memastikan penumpang kanakkanak dilindungi insurans selain Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan kelengkapan keselamatan disediakan pemandu. Dalam masa sama dapat mengelak penyalahgunaan permit oleh pemandu.

Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan anak dengan bersikap lebih cerewet dalam pemilihan pengangkutan anak ke sekolah atau balik sekolah. Jangan pertaruhkan nyawa anak yang sangat tinggi nilainya.-UTUSAN

FITRI AHMAD
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya