Peniaga tak makan saman susahkan orang ramai

Peniaga tak makan saman susahkan orang ramai

Pengusaha sebuah restoran meletakkan kerusi di kotak parkir awam hingga menyebabkan kesesakan kerana menghalang laluan kenderaan lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERBUATAN pengusaha restoran meletakkan kerusi dan meja dalam petak letak kereta nampaknya tiada kesudahan dan isu ini sudah berlanjutan sejak sekian lama.

Sikap mementingkan diri mereka menyukarkan pengguna yang mahu meletakkan kenderaan di petak parkir yang disediakan untuk pelbagai urusan. Selain itu, ia menyebabkan kesesakan apabila pengguna terpaksa meletakkan kereta mereka hingga menghalang laluan kenderaan lain.

Saya faham sekiranya peniaga membayar sewa petak parkir kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi saya yakin ia tidak berlaku sedemikian kerana kotak tempat letak kereta itu berwarna kuning dan bukannya merah.

Oleh itu, PBT perlu lebih peka dan sentiasa membuat pemantauan agar pengusaha restoran sedar kesalahan mereka yang menyusahkan orang awam.

Selain itu, PBT juga perlu menaikkan jumlah saman terhadap kesalahan ini dan merampas semua kerusi dan meja yang diletakkan di dalam petak tempat letak kereta tanpa kompromi.

Ini kerana saya perhatikan pengusaha restoran akan kembali meletakkan kerusi dan meja beberapa ketika selepas disaman. Mereka seperti tidak makan saman dan tidak takut terhadap undang-undang seolah-olah terlalu kebal. Mungkinlah jumlah saman yang dikenakan terlalu rendah atau ada elemen rasuah?

Saya juga dalam masa sama berharap pengusaha restoran tidak terlalu mementingkan diri sendiri dengan berbuat sedemikian. Fikirlah juga pengguna lain yang memerlukan tempat letak kenderaan untuk urusan mereka.-UTUSAN

FAREED ISMET
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya