fbpx

30 Jun 2022, 9:14 am

  TERKINI

Memelihara alam sekitar tanggungjawab kita bersama

TANGGUNGJAWAB menjaga alam sekitar terletak di bahu rakyat Malaysia dan ia selari ajaran Islam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAGAI seorang yang beriman, kita tidak terkecuali dari tanggungjawab memelihara alam sekitar sepertimana sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud :

“Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Riwayat Muslim).

Al-Quran dan sunah memberi satu penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar sebagai satu kurniaan atau nikmat Allah SWT yang agung.

Islam sama sekali melarang sebarang pencemaran dan kemusnahan alam sekitar di samping menggesa manusia untuk memanfaatkan khazanah alam ini dengan sebaiknya untuk kebaikan bersama.

Keseimbangan alam sekitar dan ekosistem memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dan ia mestilah selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran yang dikecapi.

Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan semakin sedikit. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan semua makhluk akan terancam.

Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi.

Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras konsep Islam Hadhari.

Ingatlah, tanggungjawab memelihara dan menjaga alam sekitar. Ingatlah juga akan azab Allah SWT seandainya kita mengingkari perintah-Nya.

Setiap perbuatan yang baik dan melaksanakan tanggungjawab itu pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal. Sesungguhnya Allah SWT itu maha adil, pemurah dan bijaksana. – UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH, Kepala Batas, Pulau Pinang

POPULAR

KOSMO! TERKINI