Mahu lihat Rafizi berdebat dengan Najib, Isham

Mahu lihat Rafizi berdebat dengan Najib, Isham

MOHD. Rafizi Ramli (kiri) sepatutnya berdebat dengan Najib Razak (kanan) ataupun Isham Jalil (tengah) dalam program Debat Perdana, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA hemat saya, Debat Perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diteruskan dengan melibatkan tokoh-tokoh penting dalam arena politik selain wajar dijadikan platform bagi mendapatkan solusi terbaik dalam meningkatkan ekonomi negara di samping menangani masalah kehidupan rakyat.

Pastinya rakyat dapat melihat secara dekat keupayaan minda dan daya pencernaan para pemimpin dalam sesuatu isu yang diperdebatkan melibatkan barisan pelapis kepimpinan politik masa depan.

Timbulnya sesi perdebatan melibatkan kedua-dua pemimpin politik itu sebenarnya dimulakan oleh Najib menerusi laman media sosialnya yang kemudian mendapat respons daripada Naib  Presiden PKR, Mohd. Rafizi Ramli dan seterusnya terjadilah serang-menyerang antara mereka berdua dalam isu skandal Sapura Energy Bhd. (SEB).

Impian saya adalah untuk melihat Mohd. Rafizi berdebat dengan Najib ataupun Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) yang juga bekas Pegawai Khas kepada Najib, Isham Jalil.

Ini kerana bagi saya, Najib bukanlah lawan sesuai untuk Anwar.

PKR merupakan sebuah parti yang mengadakan sesi perdebatan sebelum pemilihan parti. Ia dianggap kaedah terbaik dan adil untuk dinilai bagi menentukan siapa antara mereka yang sesuai dipilih oleh perwakilan.

Keadaan ini tidak pernah sama sekali dilaksanakan oleh UMNO. Inilah yang membezakan PKR dengan mana-mana parti politik lain. Disebabkan itu, rakyat dapat melihat ahli Parlimen mana yang dapat berhujah serta bijak dalam sidang Parlimen.

Perdebatan seumpama ini mungkin boleh dijadikan sebagai mekanisme baharu yang boleh dipertimbangkan agar setiap kali mahu diadakan pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil supaya rakyat dapat mempertimbangkan calon yang sesuai untuk bertanding di sesebuah kawasan.-UTUSAN

MUZAKKIR IBADURRAHMAN
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya