Kita hanya mahu Malaysia menjadi lebih bagus

Kita hanya mahu Malaysia menjadi lebih bagus

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dijangka menjadi harapan rakyat dalam memastikan politik negara menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SELEPAS ancaman Covid-19 dan ‘Langkah Sheraton’, kita sedang menghadapi cabaran politik dan normal baharu. Menghadapi persaingan parti politik berbeza khususnya pertubuhan parti Melayu/Islam secara langsung akan menjejaskan perkembangan politik negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Dalam situasi politik sekarang, adakah penubuhan lebih banyak parti politik Melayu mengekalkan perspektif optimistik?

Pada masa lalu, pemimpin politik menggunakan sentimen kaum dan agama untuk menghasut rakyat bagi mempengaruhi keputusan pengundian.

Namun, mereka tidak tahu bahawa ia menjejaskan pemikiran rakyat, malah golongan muda mempunyai prasangka dan salah faham terhadap kumpulan kaum yang berbeza kerana kata-kata pemimpin politik.

Selepas ‘Langkah Sheraton’, ramai kecewa dengan politik kepartian. Malah dijangka lebih ramai anak muda keluar menyertai politik. Sudah tentu ini menjadikan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta-merta menjadi harapan rakyat. Namun, bolehkah kita hanya meletakkan harapan kepada orang muda?

Tidak dinafikan masa depan bergantung kepada orang muda tetapi situasi politik semasa memerlukan semua pihak untuk saling membantu membina semula negara.

Bukan hanya orang muda tetapi generasi ‘zaman kita.’ Era semua peringkat umur, kaum, agama dan tempat yang menyatukan kita untuk menjadikan Malaysia lebih bagus.

Jadi, cara terbaik ketika ini ialah melalui komunikasi dengan kumpulan kaum yang berbeza mengenai dasar awam dan politik parti dan cuba fahami idea satu sama lain dari kedudukan berbeza dan ia akan membantu membentuk Malaysia yang jauh lebih baik.-UTUSAN

BONG JENN FONNG
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.