Kembalikan teka bola dalam akhbar

Kembalikan teka bola dalam akhbar

PENGANJURAN teka bola dapat mempromosi sukan bola sepak di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mencadangkan semua akhbar mengadakan semula peraduan teka bola yang pernah dianjur mereka suatu ketika dahulu.

Hal ini boleh dilakukan jika penerbit akhbar mengadakan kerjasama dengan syarikat korporat bagi mendapatkan penajaan hadiah yang bersesuaian.

Bagi mewujudkan situasi menang-menang, pihak akhbar disyorkan mempromosikan syarikat penaja peraduan sebagai salah satu strategi pemasaran secara percuma.

Adalah diharapkan penganjuran peraduan ini dapat mendekatkan para pembaca bukan sahaja dengan akhbar malahan membantu mempromosi produk-produk keluaran syarikat penaja.

Semoga cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya serta maklum balas positif daripada syarikat-syarikat yang bersetuju menaja hadiah.

Saya yakin penerbit berupaya mendapat penajaan hadiah kerana syarikat-syarikat terlibat berpeluang memperkenalkan produk terkini mereka di pasaran domestik khususnya kepada pembaca tegar akhbar.

Jangan lupa, penganjuran teka bola juga dapat mempromosi dan tidak mustahil mampu mengembalikan kemeriahan sukan bola sepak Malaysia sepertimana era 1970-an dan 1980-an.

Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich setelah mengalahkan Jepun dan Korea Selatan pada pusingan kelayakan.

Pada Sukan Asia 1974 di Tehran, dua tahun kemudian, Malaysia memenangi pingat gangsa selepas mengalahkan Korea Utara 2-1. Kejayaan ini berterusan pada Sukan Asia 1976 dan 1980.

Ketika itu, ramai pemain berkaliber lahir seperti penyerang Mokhtar Dahari dengan gandingan Santokh Singh dan Soh Chin Aun serta penjaga gol, R. Arumugam.

Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow dengan pemain berbisa seperti Hassan Sani dan James Wong tetapi kerajaan Malaysia memboikot sukan berkenaan kerana membantah pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan.

Bagi saya, teka bola adalah satu cara mendekatkan para peminat dengan sukan bola sepak. – UTUSAN

BOLA GETAH, Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.