Jangan abai al-Quran dalam kehidupan

Jangan abai al-Quran dalam kehidupan

UMAT Islam perlu berusaha bersungguh-sungguh dan berazam untuk selalu membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AL-QURAN adalah sebuah kitab teragung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab dan mengandungi mukjizat yang tinggi dari segi lafaz dan makna serta memberi pahala bagi pembacanya.

Terdapat pelbagai fungsi dan peranan al-Quran dalam kehidupan seharian yang sewajarnya disedari dan difahami dengan jelas supaya memberi kebaikan dan manfaat.

Pertama, memberi hidayah dan petunjuk dalam pelbagai persoalan kehidupan manusia. Al-Quran memberi panduan mengenai dasar utama dan asasi persoalan dalam setiap bidang kehidupan.

Al-Quran mampu mengeluarkan manusia daripada kegelapan menuju cahaya Ilahi. Ajaran al-Quran membimbing manusia agar keluar daripada kegelapan iaitu kekafiran, kesesatan dan kebodohan menuju cahaya Ilahi iaitu keislaman, keimanan, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Kedua, merawat dan menyembuhkan penyakit manusia. Al-Quran boleh menyembuhkan hati manusia dan mendatangkan rahmat bagi orang beriman. Wujud dua jenis penyakit pada manusia iaitu penyakit hati dan akhlak mazmumah (tercela).

Ketiga, mendatangkan nasihat dan ibrah (pengajaran). Nasihat yang terkandung adalah berisikan anjuran melaksanakan ketaatan dan kebaikan. Anjuran untuk mengambil ibrah pula adalah melalui kisah-kisah umat terdahulu yang telah dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran.

Keempat, memberikan peringatan (nazir) dan berita gembira (basyir) kepada manusia. Al-Quran memberi berita gembira kepada orang yang beriman dan peringatan kepada orang yang ingkar.

Al-Quran telah menjelaskan bahawa orang yang beriman melalui amal soleh akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda dan masuk ke dalam syurga sebaliknya bagi yang ingkar akan mendapat balasan buruk di akhirat kelak.-UTUSAN

DR. AZRI BHARI
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya