Aku janji penting untuk elak rasuah - Utusan Malaysia

Aku janji penting untuk elak rasuah

KERATAN akhbar 28 April 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Azman Mohd. Hashim dalam artikel bertajuk Bimbang Melayu boleh terima pemimpin rasuah yang diterbitkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 28 April lalu.

Artikel itu antaranya menyebut sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu, terdapat kaji selidik dilakukan oleh beberapa pihak baik daripada parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapat maklumat mengenai kecenderungan pengundi.

Antara soalan popular yang diajukan ialah berkenaan rasuah dan pemimpin. Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada maklum balas diberikan responden atau pengundi Melayu ialah tiada masalah untuk menerima pemimpin rasuah kerana itu tidak memberi kesan secara terus kepada kehidupan mereka.

Artikel itu juga menyebut agar orang Melayu harus mengambil serius bahaya rasuah. Jangan ambil sikap sambil lewa.

Orang Melayu harus sedar tentang bahaya gejala rasuah. Mereka akan kehilangan segala-galanya sekiranya isu rasuah ini tidak diambil serius. Orang Melayu boleh kehilangan negara tercinta ini malah lebih dahsyat lagi, mereka boleh kehilangan maruah.

Bagi saya, salah laku rasuah ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan tidak terbatas dalam kalangan ahli politik sahaja.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada mana-mana parti politik agar membuat aku janji bersumpah atau sumpah laknat sekiranya dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk membentuk kerajaan nanti.

Janganlah hanya pandai membuat sebarang dakwaan atau tuduhan yang hanya bersifat retorik politik dalam mencari atau mendapatkan pengaruh dan sokongan rakyat.-UTUSAN

BAHARUDDIN SAMEK
Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya