Orang muda meluat sikap pembangkang suka mencelah

Orang muda meluat sikap pembangkang suka mencelah

SIKAP pembangkang yang gemar mencelah ketika persidangan Parlimen meyebabkan golongan muda meluat dengan politik negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA  ingin mengulas kenyataan-kenyataan daripada pelbagai pihak berkaitan jumlah peratusan mengundi yang agak rendah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu.

Saya ingin mengatakan dengan tegas bahawa antara sebab berlakunya perkara itu kerana tingkah laku dan juga gelagat terutamanya pihak pembangkang ketika sidang Parlimen. Tingkah laku barisan pimpinan pembangkang menyebabkan golongan muda tidak mahu ambil peduli soal politik negara. 

Ini kerana mereka menunjukkan sikap kurang adab apabila terlalu kerap mencelah ketika angota penyokong kerajaan berucap. Ia seolah-olah pihak pembangkang sahaja yang betul dalam apa jua perkara.

Saya faham tindakan itu bagi memperoleh sokongan dan pengaruh tetapi rakyat sangat meluat dengan situasi tersebut lebih-lebih lagi apabila memberi peringatan berkali-kali kepada pihak pembangkang.

Selain daripada itu terdapat pemimpin politik yang terlibat dengan kes mahkamah menyebabkan golongan muda tawar hati. Mereka mahukan barisan pemimpin yang mempunyai tauladan yang baik dan terpuji.-UTUSAN

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya