Earth Hour: 60 minit yang berharga

Earth Hour: 60 minit yang berharga

KEADAAN Bangunan Sultan Abdul Samad selepas digelapkan semasa sambutan Earth Hour pada 2012.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 26 Mac lalu adalah sambutan Earth Hour. Kempen yang dijalankan saban tahun oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) merupakan gerakan alam sekitar akar umbi terbesar di dunia dengan matlamat yang sama seperti dilakukan pada 2007, iaitu untuk menyatukan dunia dalam menyokong rakyat dan planet ini.

Earth Hour bermula sebagai gerakan untuk menunjukkan sokongan secara alam maya untuk tindakan bagi menangani perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.

Misi dan visinya untuk membuktikan bahawa kita peduli tentang isu perubahan iklim dan kehilangan sumber alam semula jadi.

Kesedaran mengenai kempen ini mempunyai maksud yang tersirat dan penting di mana penggunaan tenaga dalam jumlah besar dan berterusan akan mambawa kesan negatif terhadap lapisan ozon sekali gus mendatangkan masalah kepada bumi.

Melalui kempen ini, kita disaran mematikan lampu dan peralatan elektrik selama 60 minit untuk meningkatkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

Mematikan lampu merupakan isyarat sokongan penting untuk pergerakan itu serta peluang bagi mencerminkan sokongan kita terhadap alam sekitar. Bagaimanapun, impaknya jauh lebih besar daripada sekadar memadamkan lampu selama satu jam.

Melalui kempen ini, kita dapat mempelajari, memahami dan menghargai elektrik sebagai sumber asas dalam kehidupan, selain meningkatkan kesedaran tentang keperluan mendesak bagi menangani kecemasan iklim. Jadi, ia perlu dipraktikkan pada setiap masa.

Cara terpantas untuk melakukannya ialah sentiasa ingat untuk memadamkan lampu apabila tidak memerlukannya.

Anda akan menjimatkan lebih banyak penggunaan tenaga terutama bil elektrik jika memadamkan lampu apabila meninggalkan bilik.-UTUSAN

NV SUBBAROW
Pegawai Pendidikan Kanan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya