Umat Islam penuhilah semula masjid mulai 1 April ini

Umat Islam penuhilah semula masjid mulai 1 April ini

islam
MASJID adalah tempat paling ideal untuk merawat dan merehatkan hati. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SENARIO bunuh diri sebagai jalan pintas keluar daripada masalah amat menggusarkan terutama melibatkan umat Islam yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Ini kerana perbuatan tersebut mengundang kemurkaan Allah SWT dan dianggap berdosa besar.

Maka ia perlu dijauhi. Lagipun Islam memiliki ramuan dan jalan penyelesaian terbaik dengan salah satunya adalah merawat dan merehat hati di masjid.

Seorang pemuda yang hatinya gelisah bertemu Ibnu Mas’ud untuk meminta nasihat. Ibnu Mas’ud menasihatinya agar mencari ketenangan hati di tiga keadaan iaitu di saat mendengar ayat-ayat al-Quran, di majlis zikir atau ilmu dan di saat bersendirian di tempat sunyi.

Menurut kata Ibnu Mas’ud lagi, sekiranya tiga keadaan itu tidak dapat menenangkan pemuda itu maka hatinya bukan miliknya lagi.

Jika diamati, kesemua tiga keadaan yang dimaksudkan Ibnu Mas’ud terdapat di masjid. Ini bermakna masjid adalah tempat terbaik untuk merawat kegelisahan. Justeru, tidak syak lagi masjid umpama klinik rohani yang dapat merawat dan menenangkan hati.

Dalam kata lain, jika seseorang dekat dengan masjid bererti dirinya dekat dengan Allah SWT.

Malangnya masjid tidak lagi disifatkan sebagai denyutan jantung ummah. Ternyata pada pemerhatian saya, kemeriahan masjid pada hari ini sudah dianggap pudar dan terasa benar kehilangan seri cahayanya.

Diharapkan bermula 1 April ini, cahaya masjid di seluruh negara dapat dihidupkan semula di samping masyarakat Islam dapat memenuhi ruang masjid pada setiap waktu.-UTUSAN

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya